web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Di Gombak, KL Pulih 61 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 12:13PM

51 daripada 83 kawasan yang terjejas di Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih, manakala bekalan air di 32 kawasan lain dijangka pulih malam ini - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh telah mencapai 61 peratus setakat 9 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 51 daripada 83 kawasan yang terjejas di Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih, manakala bekalan air di 32 kawasan lain dijangka pulih malam ini.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian, selain menggunakan air secara berhemah.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor turut memaklumkan kerja pembaikan paip pecah berdekatan AEON Rawang sudah selesai dan bekalan air sudah dibuka bagi proses pemulihan secara berperingkat.

Katanya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kawasan terjejas pada jam 6 petang ini. - Getaran 2 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad