Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jamal Nafi Dikenakan Perintah Kebankrapan, Masih Layak Jadi Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 6:07PM

Jamal Md Yunos (tengah) menafikan telah dikenakan perintah kebankrapan yang boleh menyebabkan pencalonannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditolak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bagi kerusi Parlimen Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, menafikan telah dikenakan perintah kebankrapan yang boleh menyebabkan pencalonannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditolak.

Dalam kenyataan hari ini, Jamal menyanggah dakwaan penyandang kerusi Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, bahawa prosiding kebankrapannya telah bermula pada 30 Ogos lalu, sebaliknya pengurusan kes pertama prosiding kebankrapan itu akan bermula dan dijalankan pada 30 November nanti, dan peguamnya akan mencabar tindakan kebankrapan itu.

“Ketika ini saya sedang dalam proses merayu ke Mahkamah Rayuan berkenaan ganti rugi yang diperoleh Kok melalui penghakiman Mahkamah Tinggi pada 26 Julai lalu, dan peguam cara saya telah memaklumkan kepada peguam Kok mengenai serahan kendiri mereka kepada saya untuk notis kebankrapan agar ia dibuat pada 8 November ini,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata gesaan Kok yang juga bekas Menteri Industri Utama agar Suruhanjaya Pilihan Raya menolak pencalonan beliau adalah sama sekali pramatang, sia-sia serta salah dan merupakan tindakan terdesak untuk menggagalkan dirinya menjadi calon pilihan raya.

“Faktanya amat jelas, saya belum lagi dikenakan sebarang perintah kebankrapan selaras dengan Akta Insolvensi 1967,” katanya.

Oleh itu, katanya beliau percaya kelayakannya sebagai calon pilihan raya masih lagi sah pada waktu penamaan dan pengundian, sehinggalah satu perintah kebankrapan dibuat dan semua rayuan telah dilupuskan selaras dengan kelayakan pencalonan dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Media melaporkan Kok menghantar surat bantahan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berhubung penamaan Jamal sebagai calon BN di kerusi Parlimen Sungai Besar dan mendakwa Jamal belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya, yang berkemungkinan menyebabkan pengisytiharan muflis.

Julai lalu, Kok memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin dalam keputusannya membenarkan tuntutan saman Kok selaku plaintif terhadap Jamal, yang difailkan pada 6 April 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 11 bulan yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Politik 19 jam yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad