web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nekad Rampas Terengganu, UMNO Negeri Umum Calon Pertama PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:57PM

Ahmad (tengah) dan Rozi (dua dari kanan) dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Hulu Terengganu hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - UMNO Terengganu mengumumkan calon pertama parti itu yang akan diletakkan di kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam misi merampas kawasan terbabit.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, calon tersebut adalah Datuk Rozi Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong.

“Pemilihan Rozi ini mendapat restu dan disokong penuh Presiden parti sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad Said berkata, UMNO Terengganu yakin keputusan pemilihan Rozi adalah tepat, memandangkan rekod cemerlang wakil rakyat itu mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong selama empat penggal.

“Pada PRU-14 pula, beliau mendapat undi terbesar di Terengganu dengan majoriti 4,159 undi.

“InsyaAllah kita yakin Parlimen Hulu Terengganu jadi milik UMNO dan Rozi selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, UMNO Terengganu menyasarkan sekurang-kurangnya tiga DUN di Parlimen berkenaan kembali kepada parti itu.

Pada masa sama, beliau yakin UMNO mampu merampas semula Terengganu daripada PAS selepas kekalahan parti Melayu terbesar itu pada PRU-14.

Kerusi Parlimen Hulu Terengganu adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) Terengganu dan ia dimenangi Datuk Rosol Wahid pada PRU-14.

Bagaimanapun pemimpin itu melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad