Berita Terkini

4 minit yang lalu: Mahkamah di Bangladesh perintah pemenang Hadiah Nobel bayar cukai sebanyak US$1.12 juta 5 minit yang lalu: KPDN rampas 1,500 barangan tiruan di Parit Buntar 6 minit yang lalu: Terbuka Thailand: Tze Yong, Jun Hao layak ke Pusingan Kedua 6 minit yang lalu: Kes bunuh, bakar kekasih hamil: lelaki didakwa hari ini 17 minit yang lalu: Sam Rainsy telah tinggalkan Malaysia - Wisma Putra

IKUTI KAMI


Undi18 Cetus Pelbagai Reaksi, Terus Jadi Bualan Hangat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 8:01AM

Wan Emril Nizam Wan Embong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Peluang kira-kira lima juta golongan muda untuk terbabit secara langsung sebagai pengundi baharu secara automatik dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dilihat masih samar.

Walaupun sudah diluluskan secara majoriti sebagai Rang Undang-undang (Perlembagaan) 2019 di Dewan Rakyat, namun pelaksanaan Undi18 masih mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada ahli politik, akademik dan pertubuhan belia itu sendiri.

Kenyataan dibuat Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim baru-baru ini dilihat sebagai isyarat jelas bahawa terdapat segelintir ahli politik kurang senang jika Undi18 dibenarkan pada PRU-15 tidak lama lagi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, pihaknya bagaimanapun menyokong penuh pelaksanaan Undi18 memandang perkara itu sudah dibahaskan dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat. 

“Secara dasarnya, perkara ini (pendaftaran layak mengundi automatik dan Undi18) wajar disokong dan sama ada soal pelaksanaannya sesuai atau tidak untuk masa terdekat, itu perkara yang perlu kita teliti juga. 

“Bukanlah bermakna kita mahu menidakkan kelayakan atau kemampuan golongan muda membuat keputusan (mengundi), tapi kita ingin tahu tahap persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab mengendalikan serta menyelia proses ini,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu di ALOR SETAR, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan, kematangan serta kebijaksanaan anak muda berusia 18 tahun untuk membuat pilihan mengenai bentuk kepimpinan yang dimahukan di negara ini, tidak sewajarnya diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Naib Pengerusinya, Amirul Syahir Musa, 28, menegaskan, usaha untuk membenarkan golongan tersebut mengundi dalam pilihan raya umum akan datang, perlu diteruskan.

“Beberapa negara asing telah lama melaksanakan langkah sedemikian dan hasilnya anak-anak muda di negara itu dilihat lebih cakna terhadap perkembangan politik negara mereka, sekali gus membantu melahirkan barisan pemimpin muda.

“Kalau semua negara itu boleh berbuat demikian, mengapa tidak kita? Dalam dunia berlatarkan teknologi terkini, golongan anak muda kita rasanya sudah mengambil tahu mengenai politik sejak umur belasan tahun lagi dan keupayaan mereka untuk menilai mana yang baik tidak wajar diketepikan,” tegasnya.

Pendapat sama disuarakan Dewan Muda Johor di JOHOR BAHRU, yang menyokong penuh langkah membenarkan belia berusia 18 tahun keluar mengundi.

Koordinatornya, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, golongan terbabit mewakili empat juta pengundi baharu dan ia dilihat sebagai faktor pemangkin yang bakal mempengaruhi pemilihan pucuk pimpinan selepas ini.

Pelaksanaan Undi 18 katanya, memberi ruang untuk suara belia didengar ketika pemilihan pemimpin diadakan, sekali gus mencerminkan demokrasi tulen yang menjadi tunjang negara selama ini.

"Isu sedia atau tidak sebenarnya tidak boleh lagi timbul kerana ia adalah hak yang telah diberikan dalam perlembagaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan di KOTA BHARU, anak muda negeri yang diberi jolokan Serambi Mekah itu merasakan, mereka wajar diberi peluang untuk bersama memberikan idea secara kolektif dalam memilih pemimpin berkaliber buat mengemudi negara.

Che’ Muhammad Aqil Iqmal Che’ Draman, 22 berkata, beliau tidak mahu ketinggalan memilih pemimpin berwibawa untuk mengetuai jentera pentadbiran negara, begitu juga rakan-rakannya yang berusia 18 tahun.

“Saya dan rakan-rakan amat menyokong saranan kerajaan untuk memberi peluang dan ruang kepada golongan remaja berusia 18 tahun keluar mengundi.

“Walaupun ramai menyifatkan usia 18 tahun itu masih tidak cukup matang, hakikatnya mereka sudah bijak menilai dan memilih pemimpin yang dirasakan mampu mengetuai negara dengan baik,” katanya.

Di TAWAU, langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dilihat memberi peluang kepada lebih ramai orang muda untuk didedahkan dengan proses pembangunan negara.

Pelajar tahun akhir Pengurusan Perladangan Agroteknologi Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) Jasin, Melaka, Eizlan Huzzaini Ma'mun, 23, berkata, keputusan itu adalah peluang untuk anak muda sepertinya menonjolkan kebolehan dan idea masing-masing.

“Golongan muda kini banyak terdedah dengan teknologi dan mudah mendapat akses pembangunan atau sumber maklumat.

“Justeru, saya melihat, golongan muda lebih matang dalam menentukan apa yang baik untuk pembangunan termasuk menentukan kepimpinan negara,” katanya.

Penurunan had umur mengundi itu walaupun dikatakan selaras dengan amalan demokrasi dunia, namun ia juga perlu dilihat dari pelbagai sudut.

Peniaga Muhammad Zafri Zainal Abidin, 25, di MELAKA berkata, kewajaran penurunan had umur ini perlu diperinci dan mengambil kira beberapa faktor terutamanya kematangan dalam membuat keputusan.

“Ada di antara mereka belum matang dalam membuat keputusan sewajarnya, mungkin ia dibuat untuk atas faktor lain.

“Jika ingin diteruskan beberapa persiapan perlu dilaksanakan dalam memberi kesedaran agar pemilihan yang dibuat oleh golongan muda ini adalah pilihan yang betul serta terbaik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia India Malaysia Dhanesh Basil berkata, walaupun pindaan had umur itu sudah diluluskan Dewan Rakyat dan ada kewajaran untuk dilaksanakan namun ia tidak boleh dibenarkan dalam masa terdekat.

“Kerajaan perlu mengambil pendekatan memberi kesedaran contohnya mengadakan silibus di sekolah dengan menekankan hal berkenaan perundangan dan perkembangan negara.

“Kita perlu ada soft landing terlebih dahulu sebelum boleh benarkan golongan muda mengundi bagi mengelakkan golongan ini dimanipulasi akan hak mengundi mereka,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

2

Semasa 2 minggu yang lalu

NRECC Perkukuh Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Pencapaian Kontinjen Negara Pada Hari Keenam Mengecewakan

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekal Di Tangga Ketujuh Walau Raih 6 Emas

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Atasi Kesesakan, PLUS Uji ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield Mulai Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 55 minit yang lalu

Sam Rainsy Datang Ke Malaysia, Tapi Sudah Diusir Keluar - Khmer Times

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Putera Albert II Berangkat Ke Majlis Makan Malam Gala Sempena Perlumbaan F1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepercayaan, Saling Menghormati Tingkatkan Hubungan Malaysia-China - Pakar