web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencapaian Kontinjen Negara Pada Hari Keenam Mengecewakan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 9:15AM

Andre Anura bergambar selepas beraksi dalam acara Lompat Kijang lelaki akhir pada Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo Kemboja - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Pencapaian kontinjen kebangsaan selepas berakhir hari keenam temasya Sukan SEA 2023 mengecewakan selepas hanya meraih tiga pingat emas semalam.

Pungutan tiga pingat emas itu agak membimbangkan apabila kem negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan berbaki enam hari lagi sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai pada 17 Mei ini.

Semalam, kem negara mencatat prestasi membanggakan apabila merangkul enam pingat emas, yang merupakan pencapaian pungutan pingat emas terbaik seharian,

Selepas tamat saingan hari ini, Malaysia meraih keseluruhan 24 pingat emas, 31 perak dan 49 gangsa.

Pada aksi hari keenam ini, kem terjun menepati ramalan apabila menyumbangkan pingat emas pertama negara menerusi Enrique Maccartney Harold dalam acara 10m platform lelaki, sekali gus menyaksikan Malaysia menyapu bersih kesemua empat pingat emas ditawarkan dalam acara itu pada temasya sukan di Kemboja ini.

Dua lagi pingat emas menerusi skuad olahraga apabila jaguh lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin berjaya mempertahankan emas di peringkat temasya rantau Asia Tenggara ini, selain atlet lompat kijang Andre Anura Anuar yang mengekalkan statusnya selaku juara bertahan pada temasya kali ini.

Beberapa acara yang diharapkan dapat menghadiahkan pingat emas, bagaimanapun gagal dicapai antaranya ping pong dan badminton.

Skuad ping pong wanita yang membuat kejutan mara ke pentas final selepas 30 tahun, gagal melakar sejarah meraih pingat emas pertama dalam acara berpasukan pada temasya dwitahunan itu apabila tumpas kepada Thailand 0-3 pada perlawanan akhir.

Kem badminton turut menerima nasib yang sama apabila tewas 1-3 kepada musuh tradisi, Indonesia dalam final berpasukan lelaki.

Selepas berakhir saingan hari ini, kedudukan tiga teratas dalam carta pungutan pingat kekal dengan Vietnam mendahului setelah meraih 57 pingat emas, 56 perak dan 70 gangsa, diikuti tuan rumah Kemboja 56-44-55 manakala Thailand di tempat ketiga dengan kutipan 54-39-58. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad