web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Tak Kenal Pelacur, Ku Li Patut Jadi Sejarah - MB

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 3:24PM

Muhammad Sanusi Md. Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - “PAS tak kenal pelacur. Yang kenal pelacur ni, orang yang biasa melanggan saja.”

Itu kenyataan keras dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ditanya mengenai tuduhan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menuduh parti itu sebagai pelacur politik, baru-baru ini.

Menurut Muhammad Sanusi, sebagai seorang warga emas yang berumur lebih 80 tahun, kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar dari mulut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li.

“Ku Li ini dia nak bertanding jawatan Presiden UMNO. Jadi dia ambil 'angin' ahli UMNO untuk bina satu naratif baharu dalam kalangan sebahagian penyokong parti itu yang menyokongnya untuk menjadi presiden.

“Saya rasa ahli politik yang nak meniupkan permusuhan dan kebencian dengan gelaran tidak baik kepada rakan seagama ini, tidak ada tempat sekarang. Patut jadi sejarahlah, dinosaur,” katanya selepas melancarkan filem 'The Puppet Master Trilogy' di Dewan Seri Mentaloon dekat sini, malam tadi.

Ku Li menerusi temu bual dalam sebuah portal baru-baru ini didakwa melabelkan PAS sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan dalam pilihan raya akan datang.

Menurut ahli politik veteran itu, tindakan PAS dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini juga menjadi bukti bahawa parti itu tidak boleh dipercayai.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kenyataan dibuat Ku Li itu bagaimanapun diyakini tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan UMNO memandangkan kenyataannya itu sama sekali tidak mewakili keseluruhan pimpinan serta ahli parti Melayu terbesar itu.

“Apa pun sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, beliau sepatutnya memberi nasihat yang baik seperti bagaimana mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan menyuburkan persaudaraan.

“Kalau dia cetuskan perkara yang boleh galakkan permusuhan dan kebencian, tak patut jadi penasihatlah,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad