web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pertemuan Dengan Sulaiman - Abdul Ghani

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 9:09PM

Abdul Ghani Salleh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya baru balik dari luar. Tiada jumpa Datuk Seri Sulaiman. Salah orang agaknya,'' demikian mesej daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Tengah hari tadi, terdapat cakap-cakap mengenai pertemuan sulit antara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dengan Abdul Ghani selepas proses penamaan calon, dengan sesetengah parti berharap dapat membuktikan bahawa SPR pilih kasih.

Pada awalnya, media mendapat maklumat bahawa pertemuan itu diadakan di Menara Persekutuan, Ayer Keroh.

Bagaimanapun, maklumat yang diterima kemudian menyebut kenderaan yang dinaiki kedua-duanya menuju ke hotel AMES Hotel.

Menurut mereka yang berada di situ, kenderaan terbabit yang dikatakan milik Sulaiman dan pengerusi SPR, dilihat di tempat berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan tiada pertemuan dijadualkan antara kedua-duanya meskipun The Vibes dimaklumkan bahawa Sulaiman dan Abdul Ghani meninggalkan hotel berkenaan selang 10 minit.

Hotel tersebut menjadi tempat penginapan SPR bagi tempoh dua minggu sehingga pilihan raya diadakan pada 20 November ini.

Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata, jadual Abdul Ghani hari ini padat dengan wawancara bersama media daripada pelbagai penerbitan.

“Tidak ada pertemuan dengan sesiapa. Ia tidak berada dalam jadual Abdul Ghani,” katanya.

Abdul Ghani bagaimanapun telah mengulas kepada The Vibes petang tadi, menafikan sebarang pertemuan dengan Sulaiman setakat ini. - The Vibes, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar