web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedudukan MP Masjid Tanah Bukan Kelebihan Menangi Kerusi DUN - Mas Ermieyati

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 12:54PM

Mas Ermieyati berkata, semua calon memiliki peluang sama rata untuk memenangi hati rakyat. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - Walaupun bergelar Ahli Parlimen, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Shamsudin tidak melihat kedudukannya sebagai satu kelebihan untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Menurutnya, pencabar dari Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan kerana DUN Tanjung Bidara adalah kerusi selamat UMNO.

Mas Ermieyati berkata, semua calon memiliki peluang sama rata untuk memenangi hati rakyat, sekali gus diangkat sebagai wakil yang akan memperjuangkan nasib mereka.

“Saya pulangkan semuanya kepada rakyat, terpulang kepada mereka untuk memilih tetapi apa yang saya boleh tawarkan adalah komitmen dan prestasi sepanjang dua penggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DUN N02 PN, di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata, beliau akan membuat penampilan khas untuk memaklumkan komitmennya sebagai calon pilihan rakyat dalam masa terdekat.

“Saya tak mahu memanggilnya manifesto namun ia adalah komitmen saya terhadap pengundi di Tanjung Bidara.

“Jika guna perkataan manifesto mungkin ada orang yang trauma mendengarnya nanti,” katanya dalam nada berjenaka.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut menepis dakwaan kononnya beliau adalah calon Ketua Menteri Melaka PN jika memenangi kerusi Tanjung Bidara.

“Saya hanya calon biasa yang datang daripada PN,” katanya.

DUN N02 Tanjung Bidara bakal menyaksikan pertembungan antara dua gergasi politik apabila UMNO mempertaruhkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga bekas Speaker DUN Melaka manakala Mas Ermieyati sendiri ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Bagaimanapun, kerusi itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila PH turut meletakkan calonnya iaitu Zainal Hassan. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Politik 3 tahun yang lalu

Mas Ermieyati Calon PN Parlimen Masjid Tanah - Muhyiddin

3

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

4

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad