web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mas Ermieyati Calon PN Parlimen Masjid Tanah - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 11:09AM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Prihatin Parlimen Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Melaka di Kampung Paya Lebar di sini, malam tadi.

“Kebetulan saya ada di sini, nampak semua sudah bersemangat, saya kata okeylah, saya umum sajalah (Mas Ermieyati sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah).

“Berdasarkan rekod prestasi dan dia pun saya fikir telah menjaga kawasan dengan baik, orang lama, banyak pengalaman dalam kerajaan, dia punya profil pun bagus, jadi bagi saya ini yang terbaik ... sebab itu saya ambil kesempatan (umum). Saya harap orang Masjid Tanah akan berasa gembira dan menyokong beliau,” katanya.

Pada PRU-14, Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan dua pencabarnya Datuk Dr Sabirin Ja’afar (PKR) dan Nasir Othman (PAS).

Mas Ermieyati kemudiannya menyertai BERSATU pada Disember 2018.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata PN hampir menyelesaikan agihan kerusi serta calon bertanding, dan nama-nama calon akan diumumkan Pengerusi PN di negeri masing-masing manakala manifesto sebelum hari penamaan calon.

Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam reaksinya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti dan berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan pada PRU-15.

“Siapa pun yang diletakkan (sebagai lawan) kita akan cuba sedaya upaya dan sehabis baik untuk berkempen, menerangkan dan jumpa dengan pengundi-pengundi untuk memberikan apakah tawaran yang kami boleh berikan sekiranya saya dimandatkan sebagai ahli Parlimen Masjid Tanah (sekali lagi),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai