web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muktamar PAS, 3 Naib Presiden Kekal, Presiden, Timbalan Menang Tanpa Bertanding

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 12:50PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tiga kuota Naib Presiden PAS kekal milik penyandang asal seperti diumumkan pada Pemilihan Muktamar PAS Ke-67 di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Senator Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pertandingan tersebut turut menyaksikan pencabar tunggal jawatan berkenaan, Setiausaha Sulit kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Mohd Zuhdi Marzuki tewas dalam cubaan merebut jawatan nombor tiga parti itu yang diadakan untuk penggal 2021 /2023.

Keputusan berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS Nurkhuzaini Ab Rahman.

Mohd Zuhdi bagaimanapun dilihat memberikan tentangan sengit kepada Ahmad Samsuri, namun akhirnya tewas dengan perbezaan 155 undi.

Ahmad Samsuri pula meraih 788 undi diikuti Amar sebanyak 956, manakala Idris mendahului pemilihan dengan meraih undi tertinggi iaitu 1,164.

Selain Naib Presiden, turut diumumkan ialah 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Antara muka baharu yang membarisi 18 AJK PAS Pusat ialah Ir Khairil Nizam Khirudin dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pemilihan kali ini turut menyaksikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding.

Seramai 1,299 perwakilan PAS membuat pengundian secara fizikal dan baki 1,221  melakukan mengundi secara maya. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95