web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengunduran Mustaffa Mungkin Ada Hikmah - Ibrahim Ali

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 11:31AM

Datuk Dr Ibrahim Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus meninggalkan parti itu hari ini disambut baik oleh Presiden parti tersebut, Datuk Dr Ibrahim Ali.

Malah menurut Ibrahim, langkah tersebut berkemungkinan akan membawa hikmah kepada parti tersebut yang diakui masih berada dalam kedudukan lemah di Kedah.

Tambahan pula katanya, kedudukan parti itu di semua bahagian sehingga kini masih berada di peringkat penaja, kerana pelantikan pengerusi baharu hanya akan dilakukan selepas berlangsungnya persidangan agung parti pada 26 November depan.

“Ini perkara biasa saja dalam politik dan tidak menjejaskan apa-apa buat kami. Apabila dia keluar dari PUTRA, kita sambut baik.

“Sekarang ini ada banyak parti politik Melayu yang baru tubuh. Pergilah, ada banyak parti lain sedangkan parti PUTRA ini sebuah parti miskin,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Getaran semalam melaporkan keputusan Mustaffa untuk meletakkan jawatan seterusnya meninggalkan parti itu dengan jejaknya turut diturut timbalan beliau, Datuk Fadhil Hanafi serta beberapa ahli jawatankuasa lain.

Mustaffa mendakwa, tindakan beliau meninggalkan parti itu dibuat kerana Ibrahim telah menghina dan melemparkan bermacam tuduhan yang menyentuh maruah beliau sebagai seorang pengerusi negeri.

Tuduhan itu didakwa dibuat Ibrahim kerana Mustaffa enggan meneruskan arahan presiden parti itu untuk meneruskan demonstrasi membantah minuman keras berjenama Timah.

Mengulas mengenai tuduhan dilemparkan kepadanya itu, Ibrahim mendakwa beliau bukanlah individu yang memulakan idea untuk menganjurkan demonstrasi tersebut.

“Demonstrasi itu pada asalnya beliau (Mustaffa) yang hendak anjurkan. Saya cuma cadangkan demonstrasi itu ditambah baik dengan kita membakar sepanduk yang mempunyai gambar botol arak itu.

“Kemudian saya dijemput ke sana untuk menyertai demonstrasi itu. Tetapi selepas itu saya dimaklumkan polis tak benarkan demonstrasi itu dijalankan,” katanya.

Tambah Ibrahim, Mustaffa turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa anggota polis datang ke rumahnya dengan mengenakan topeng dan mengugutnya agar tidak mengadakan demonstrasi tersebut.

“Apabila saya dengar begitu, saya terus katakan yang saya hendak hubungi polis bagi bertanyakan mengapa polis lakukan demikian kepada PUTRA.

“Tetapi Mustaffa meminta saya tidak berbuat demikian dan akhirnya beliau mengaku mengada-adakan cerita.

“Hanya selepas itulah saya ‘henjut’ beliau. Ada beberapa kali beliau cuba memohon maaf tetapi saya senyap dan akhirnya hari ini, beliau keluar parti,” katanya.

Ibrahim berkata, segala mesej berkaitan perkara itu masih berada dalam simpanannya di aplikasi WhatsApp.

“Kalau polis hendak siasat pun, saya tak ada masalah. Saya bersedia memberi kenyataan berhubung perkara ini.

“Bagi PUTRA, kita tegaskan bahawa seorang pemimpin mesti bercakap telus dan tidak mereka-reka. Ini yang menyebabkan saya kecewa,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

2

Politik 3 tahun yang lalu

Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

3

Politik 4 tahun yang lalu

PUTRA Melaka Tidak Lumpuh Atau Bubar, Masih Ada Sokongan Akar Umbi

4

Politik 4 tahun yang lalu

BN Jangan Pula Lupa Tunaikan Janji Kepada Rakyat Johor

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95