web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 2:42PM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) bersama 12 lagi pemimpin yang keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan mantan Ahli Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG, Armin Baniaz Pahamin menerusi hantaran Facebook semalam. 

“Semua G13 selamat mendaftar keahlian untuk meneruskan perjuangan di bawah PUTRA. 

“Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu. 

“Doakan semoga Allah permudahkan perjuangan kami. Hanya melalui penyatuan orang Melayu dapat kita bersatu menyelesaikan masalah bangsa demi agama dan tanah air,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila mengumumkan beliau keluar daripada PEJUANG bersama 12 lagi ahli. 

Menurut satu notis diserahkan kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Minggu lalu, PUTRA menerusi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mempelawa Dr Mahathir yang juga pengasas PEJUANG untuk menyertai parti itu, sekali gus menjadi penasihat parti.

Ibrahim berkata, pihaknya turut mempelawa isteri kepada Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali untuk menjadi ahli PUTRA. 

Menyoroti sejarah, Dr Mahathir yang juga mantan Pengerusi PEJUANG, pernah mengetuai beberapa parti Melayu besar semasa kemuncak karier politiknya antaranya sebagai Presiden UMNO dari 1981 hingga 2003. 

Beliau seterusnya mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kembali menjadi Perdana Menteri dari 2018 hingga 2020, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 

Malangnya, pada PRU-15, prestasi buruk menyelubungi parti baharunya, PEJUANG yang menyaksikan semua calon parti tersebut kehilangan wang deposit, termasuk dirinya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95