web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PUTRA Melaka Tidak Lumpuh Atau Bubar, Masih Ada Sokongan Akar Umbi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa (PUTRA) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu sudah lumpuh dan telah bubar di Melaka.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha PUTRA Melaka, Borhan Ahmad Zakaria yang menyatakan, segalanya bermula selepas mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA memutuskan untuk membuat penyusunan semula kepimpinan parti di negeri itu agar lebih kuat dan mantap.

Jelasnya, ADT menerusi mesyuarat berkenaan telah mengenal pasti beberapa faktor yang perlu ditambah baik seperti kepimpinan dam beberapa perkara berkaitan integriti.

“Tiba-tiba keluar kenyataan daripada bekas Pengerusi Badan Perhubungan Putra Melaka, Professor Dr Mohd Aluwi Sari kononnya PUTRA Melaka sudah dibubarkan dan lumpuh kerana ratusan ahli sudah keluar parti.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Itu adalah fitnah. Yang nak rombak Perhubungan PUTRA Melaka adalah keputusan mesyuarat ADT Melaka, bukan Mohd Aluwi yang bubar,” katanya hari ini.

Lebih menyedihkan, Borhan berkata, Mohd Alwi dilihat seperti terdesak kerana ‘memusing’ cerita sebenar kepada media serta hantaran media sosial sehingga mewujudkan gambaran PUTRA Melaka tidak lagi wujud.

“Patutlah kepimpinannya kurang prestasi,” katanya, sinis.

Terdahulu, Mohd Aluwi mendedahkan PUTRA Melaka didakwa hampir lumpuh selepas separuh ahli di negeri itu mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, jumlah itu mewakili 500 daripada kira-kira 1,000 orang ahli dari Bahagian Kota Melaka, Jasin dan Hang Tuah Jaya.

Menurutnya, keputusan itu dicapai setelah pihaknya menerima surat daripada Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi pada 1 April lalu yang membubarkan jawatankuasa parti di peringkat negeri.

Menurut Mohd Alwi, mereka terkilan apabila tidak mendapat kenyataan tepat dan menyifatkan pembubaran tersebut sebagai satu keputusan tidak adil daripada pihak atasan yang dibuat secara drastik, selain menyalahi peraturan pucuk pimpinan parti.

Mengulas lanjut, Borhan berkata, ADT Putra akan melantik tokoh baru bagi memimpin PUTRA Melaka pada mesyuarat akan datang yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri

“PUTRA Melaka akan mempunyai enam bahagian dan tiga daripadanya telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS),” katanya.

Sementara itu, Ketua Wira PUTRA Melaka, Mohamad Hashidi Mohd memaklumkan, PUTRA masih lagi mempunyai ahli akar umbi serta ahli jawatankuasa parti di beberapa bahagian di negeri itu.

Jelasnya, ahli yang setia ini merupakan individu yang istiqomah dalam perjuangan PUTRA dan berpendapat, tindakan keluar parti oleh beberapa ahli itu adalah keputusan peribadi masing-masing.

“Jawatankuasa PUTRA Bahagian Tangga Batu telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi dan telah sebulat suara akan kekal bersama PUTRA serta tidak seorang pun yang berniat ingin keluar parti.

“Apa yang penting sekarang adalah fokus untuk berkhidmat dan berbakti serta terus berdiri dalam perjuangan demi masyarakat setempat dan rakyat Melaka keseluruhannya,” katanya. – Getaran, 13 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran