web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Jangan Pula Lupa Tunaikan Janji Kepada Rakyat Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 5:11PM

Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) digesa menunaikan segala janji dan manifesto yang ditaburkan kepada rakyat selepas berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Presiden PUTRA, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, kemenangan itu sudah diramal sebelum ini kerana Johor adalah kubu kuat UMNO dan BN sejak sekian lama, kecuali ketika tewas sedikit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“PUTRA mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor malam tadi.

“Dengan kemenangan itu, sudah pasti semua pihak ingin melihat sejauh mana janji yang ditaburkan akan ditunai atau dilaksanakan kerajaan BN,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun Ibrahim berpendapat, bila keadaan serta suasana persaingan pasti berbeza dengan PRN atau Pilihan Raya Kecil (PRK) menjelang PRU nanti.

“Kemenangan BN di PRN Johor dan Melaka tidak semestinya merupakan trend atau menjadikan keputusan yang sama seperti PRN mahupun PRK.

“Ada banyak sebab kenapa PRN dan PRU sangat berbeza dan tidak harus parti politik merasa kecewa atau cemas kerana yang penting fokus kepada PRU-15,” katanya.

Ibrahim berkata, PUTRA yang masih dalam tempoh percubaan dengan situasi serba kekurangan, mengakui terpaksa bersaing dengan parti besar dan yang dipimpin oleh pemimpin ternama.

Bagaimanapun, jelasnya, mereka langsung tidak kecewa kerana parti terkenal bersama pemimpin besar juga turut tewas dengan teruk walau bertanding di banyak kerusi.

“Malah, ada yang tidak menang satu kerusi pun, walaupun bendera dan billboard (papan tanda) bersepah di merata tempat.

“Begitu juga PN dan PKR. Wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikenali sebagai Abah, sebagai poster boy PN berada di semua desa, kampung dan bandar juga tewas dengan teruk,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau menegaskan, PUTRA yang hanya bertanding satu DUN dan tewas tetap tersenyum lebar tanpa sedikit pun berasa kecewa.

“Malah, kita merasa bangga kerana dalam keadaan serba kekurangan atau daif, PUTRA tetap berjaya masuk gelanggang bagi tujuan kekal berada dalam radar dan pentas politik negara, sebagai wadah yang berani serta cekal walaupun berkayuh dengan lidi.

“Ini membuktikan PUTRA adalah perjuangan dalam erti kata yang sebenar, bukan parti retorik, menang sorak kampung tergadai. Kita tampil menongkah arus demi masa depan anak cucu Ketuanan Melayu yang telah banyak kehilangan hak dan porak peranda. Bangsa yang masih bernaung dengan wang ringgit untuk kais pagi makan pagi,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, pihaknya sedar begitu besar cabaran dan ujian bagi menghadapi pilihan raya kerana memerlukan jentera serta kewangan kukuh, selain perlu berpaksikan kepada isu semasa yang menyentuh sentimen rakyat.

“Sebagai langkah berjimat cermat, sekadar bertanding satu DUN dengan tujuan berada dalam radar politik negara dan memberi saingan baharu kepada parti besar sudah memadai. PUTRA hanya berbelanja amat sedikit sahaja, mencakupi logistik, bendera, sepanduk, risalah calon dan ia tidak termasuk wang pertaruhan.

“Ceramah dikenakan SOP yang ketat dan dihad sehingga jam 10 malam serta kehadiran tidak lebih dari 100 orang. Kemudian beberapa hari dibenarkan sehingga jam 12 malam, bijak dan licik permainan atas nama ancaman COVID-19 tetapi ia memberi kesan kepada pergerakan kempen parti bertanding,” katanya, sinis.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi. - Getaran, 13 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

2

Politik 3 tahun yang lalu

Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

3

Politik 4 tahun yang lalu

PUTRA Melaka Tidak Lumpuh Atau Bubar, Masih Ada Sokongan Akar Umbi

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad