web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:06PM

Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Susulan permohonan PEJUANG untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden PEJUANG.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang di sini hari ini, Dr Mahathir berkata Mukhriz bebas melakukan apa sahaja untuk parti yang diterajuinya ketika ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

“Negara kita bebas. Dia (Mukhriz) boleh buat apa sahaja, cuma sama ada disambut baik atau tidak, itu soal lain,” katanya mengulas tindakan Mukhriz yang menghantar surat permohonan untuk menyertai PN.

Menurut laporan media, surat berkenaan telah diutuskan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lepas dan turut diberikan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.

Dr Mahathir keluar daripada Pejuang yang diasaskannya pada 10 Februari lepas ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan telah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pada 1 Mac lepas.

Dr Mahathir berkata Putra akan dijadikan sebagai platform untuk beliau terus memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

2

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

4

5 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad