web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Perhatian Serius Penarafan Graduan - Dr Mohammad Shatar

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 1:53PM

Kualiti akademik yang baik tidak boleh dipisahkan dengan kebolehpasaran graduan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Aspek kebolehpasaran graduan perlu diberi perhatian serius oleh setiap institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam usaha meningkatkan reputasi di peringkat nasional dan antarabangsa.   

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, aspek itu berkemungkinan besar akan diambil kira sebagai satu elemen penting dalam penarafan universiti dunia pada masa akan datang.

Beliau berkata, kualiti akademik yang baik tidak boleh dipisahkan dengan kebolehpasaran graduan kerana dua perkara itu berkait rapat mengikut perspektif masyarakat.

"Walaupun sesebuah IPT berada dalam kelompok satu peratus terbaik dunia, namun jika graduannya sukar mendapat pekerjaan, itu tidak menterjemahkan kualiti sebenar di mata umum.

"Kebolehpasaran graduan pula tidak hanya memfokus graduan sebagai pencari kerja, tetapi turut mencipta peluang pekerjaan dan pasarannya yang luas, tanpa tertumpu di dalam negara, justeru potensinya sentiasa boleh ditingkatkan," katanya.

Mohammad Shatar menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama di webinar bertajuk 'Pengajian Tinggi dan Norma Baharu: Ekonomi, Kebolehpasaran dan Kelestarian Pendidikan' anjuran AppliedHE Malaysia Xchange dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan Sunway, baru-baru ini.

Webinar itu turut disertai CEO Kumpulan Pendidikan Sunway, Prof Elizabeth Lee; Pengasas dan CEO AppliedHE Singapura, Mandy Mok; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Akademik University of Europe for Applied Sciences Germany, Prof Dr Maurits van Rooijen.

Mohammad Shatar berkata, MQA sentiasa menitikberatkan jaminan kualiti untuk IPT di Malaysia bagi melonjak kebolehpasaran graduan, namun ia masih tidak mencukupi.

“Dalam dunia VUCA yang sentiasa dipengaruhi unsur  volatile (bergejolak), uncertain (tidak pasti), complex (kompleks) dan ambiguity (tidak jelas), banyak suntikan nilai tambah perlu dilakukan oleh IPT. 

"Misalnya, penguasaan bahasa ketiga dengan baik dalam kalangan graduan dan kerjasama dengan pihak berkaitan seperti industri serta agensi lain di dalam atau luar negara untuk menambah baik program akademik ditawarkan supaya sentiasa relevan,” katanya.

Jelas beliau, usaha melestarikan pendidikan tinggi Malaysia perlu selari dengan hasrat menampilkan negara sebagai hab pendidikan global.

“Dalam hal ini, kita perlu memastikan kebolehpasaran graduan sebagai komponen penting dalam budaya IPT tempatan supaya apabila elemen ini dinilai dalam penarafan universiti dunia, kita sudah bersedia," katanya. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad