web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengambilan Khas 'One-Off' Guru DG41 Bermula Julai - Radzi Jidin

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 11:37AM

Gambar hiasa Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat pengambilan khas guru gred DG41 secara one-off membabitkan 18,702 individu dengan iklan pengambilan bermula 7 Julai ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, kaedah itu digunakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru dan memberi peluang graduan untuk memperoleh pekerjaan.

Katanya, sejurus iklan dikeluarkan, proses itu akan bermula dengan penempatan mereka yang layak secara berperingkat bermula Oktober ini.

“Kita akan bekerjasama dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) bagi memastikan pengambilan ini berjalan lancar dan teratur. Kita akan ambil seramai 18,702 orang,” katanya pada sidang media secara maya di sini hari ini.

Mohd Radzi berkata, Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor akan diberi keutamaan untuk menerima penempatan guru baharu berkenaan, susulan kekurangan kritikal yang dialami semua negeri terbabit ketika ini.

Beliau berkata, antara mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat sekolah rendah.

“Bagi kategori sekolah menengah pula ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi,” katanya.

Mohd Radzi berkata, usaha berkenaan adalah perancangan kementerian di bawah Pelan Pemulihan Negara yang sebelum ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad