web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Perlu Berjiwa Besar Depani Cabaran, Positif Terima Kritikan - PM

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 3:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata warga pendidik perlu berjiwa besar dalam menerima cabaran dan teguran secara positif, terutama berkaitan kepincangan serta masalah membabitkan pelajar.

Beliau berkata pendidikan tidak boleh terlepas daripada dikaitkan dengan peribadi, sahsiah, insan atau kemanusiaan dan sebarang masalah yang timbul sering dikaitkan dengan sekolah sehingga akhirnya kadang-kadang membebankan warga pendidik.

"Masalah masyarakat tentunya menyentuh anak-anak di sekolah dan tentu menimbulkan keributan. Seolah-olah ini hanya berlaku di sekolah, padahal apa yang berlaku kadang-kadang kepincangan, kebobrokan dari segi moral, itu kerana kita sebahagian daripada masyarakat.

"Saya harap guru-guru lihat ini secara positif. Kalau terbeban dengan teguran dan kritikan, sebagainya yang tidak adil, guru-guru kena terima dengan baik untuk bangkitkan dan pastikan generasi akan datang jauh lebih baik daripada kita," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmıkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anwar yang sesekali membahasakan dirinya sebagai Cikgu Anwar, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang menyiapkan kerangka pendidikan yang bukan sahaja memfokuskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) serta digital, malah terus mempertahankan jati diri dan nilai murni.

"Kalau kita lihat hampir semua negara mempunyai dasar pendidikan mereka dan dinilai dari semasa ke semasa. Tapi di Malaysia, di negara MADANI ini ada kelainan. Kita tidak mahu ketinggalan dari sudut teknologi baru, Al (kecerdasan buatan). Anak-anak harus dipersiapkan dengan keperluan semasa, kalau tidak kita akan ketinggalan.

"Tetapi dalam semua matlamat itu, untuk mencapai yang murni, tidak pernah kita abaikan atau remehkan kepentingan mempertahankan nilai kemanusiaan kita sebagai rakyat Malaysia dan nilai yang disebut sebagai akhlak masyarakat," kata beliau.

Selain itu, beliau juga menekankan konsep "kecemerlangan tanpa roh" dengan menegaskan bahawa kepintaran akademik semata-mata tidak memadai jika ia terpisah daripada nilai kemanusiaan, akhlak dan keprihatinan sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkongsi kisah peribadi mengenai hubungan akrab beliau dengan bekas gurunya yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Rahman Arshad, sebagai simbol penghormatan tinggi seorang murid terhadap guru.

Di majlis sama Anwar turut menyampaikan tiga anugerah iaitu Sekolah Terbaik Dunia iaitu kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya, Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Dr. Ahmad Rafee Che Kassim dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan kepada Abdul Rasid Bakar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar