web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMK Bentuk Akauntan Masa Hadapan, Anjur Program Berteraskan Tanggungjawab Sosial Dan Alam Sekitar

Pendidikan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2026 11:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran program Accountants Back to Nature @ UMK-TRaCe oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Universiti Malaysia Kelantan dilihat mampu melahirkan graduan perakaunan yang holistik.

Pengarah Program, Najmuddin Mohd Johari berkata, semua graduan yang dilahirkan menerusi program berkenaan bukan sahaja cekap dari aspek teknikal, malah berupaya berfikir sebagai penasihat perniagaan yang beretika serta bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar.

Menurut beliau, inisiatif pembelajaran berasaskan aplikasi sebenar yang melibatkan 59 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (SAA) Tahun Tiga itu adalah usaha tambahan berimpak tinggi yang diurus dan dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar, dengan bimbingan FKP UMK.

"Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK.

“Program ini turut dianjurkan bersama Pulau Banding Foundation, selaras dengan usaha memperkukuh kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan rakan strategik dalam pembangunan pendidikan, komuniti dan kelestarian,” katanya.

Diketuai Najmuddin sendiri, program tiga hari dua malam itu dikendalikan sepenuhnya oleh barisan pelajar, dengan dibantu Penolong Pengarah Program, Nur Aqilah Omar dan jawatankuasa terdiri daripada pelajar Ijazah Perakaunan dari kohort yang sama. 

“Penganjuran ini mencerminkan keupayaan pelajar UMK dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program berskala besar secara profesional,” katanya.

Getaran difahamkan, program yang dinaingi Dekan FKP UMK, Profesor Madya Dr. Dzulkifli Mukhtar ini dilaksanakan di UMK Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe), Pulau Banding, Perak.

“Pusat ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan hutan hujan tropika serta platform pembelajaran dan ekopelancongan. 

“UMK-TRaCe menyediakan kemudahan asas seperti makmal penyelidikan, penginapan, ruang pembelajaran dan persekitaran semula jadi yang sesuai untuk aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan komuniti,” katanya.

Melalui pendedahan secara langsung di UMK-TRaCe, pelajar memperoleh kefahaman tentang realiti operasi sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran, sekali gus memahami peranan akauntan dalam menyokong kelestarian operasi serta penciptaan nilai jangka panjang.

Antara pengisian utama program ialah penglibatan komuniti di Kampung Klewang, melibatkan aktiviti sukan bola dan sukaneka bersama komuniti Orang Asal, selain sumbangan barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asal (Orang Asli) setempat.

Kemuncak penglibatan komuniti ialah pelaksanaan Program Klinik Kebersihan Mulut (Oral Hygiene CSR), melibatkan penyediaan dan pengagihan berus gigi serta ubat gigi kepada kanak-kanak dan remaja, selain memberi pendedahan mengenai amalan kebersihan mulut yang betul.  - Getaran, 13 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar