web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MYI Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan UMTSEA, Buka Lembaran Baharu Kecemerlangan Pendidikan

Pendidikan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2025 4:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rangkaian strategik MyInsolvency Sdn Bhd (MYI) terus diperkukuh menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama UMT School of Educational Advancement (UMTSEA), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MYI, Ts. Dr. Khairun Nisa Mustaffa Halabi berkata, ia adalah antara usaha MYI untuk membuka lembaran baharu dalam memajukan kecemerlangan pendidikan dan latihan. 

Menurut beliau, kerjasama pelbagai dimensi itu merangkumi pelbagai inisiatif akademik dan bukan akademik, yang memupuk pembangunan holistik serta penglibatan komuniti. 

“Daripada penguasaan bahasa dan pembangunan kepimpinan hinggalah ke program mobiliti pelajar dan peluang pembinaan pasukan korporat, kerjasama ini bertujuan melahirkan individu seimbang yang bersedia untuk berjaya dalam dunia yang semakin global,” katanya kepada Getaran ketika ditemui. 

Jelas Khairun Nisa, kerjasama strategik itu juga adalah langkah penting untuk memperkasa individu dan komuniti melalui akses kepada pendidikan berkualiti dan pembangunan profesional.

“Sebagai sebuah syarikat, MYI berpandukan visi untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam bidang pendidikan dengan menghubungkan masyarakat, institusi, dan industri demi pertumbuhan bersama,” katanya.

Beliau menarik perhatian, MoU tersebut membuka ruang untuk tumpuan lebih mendalam terhadap pembangunan inisiatif pendidikan dan perkhidmatan akademik yang melangkaui latihan profesional.

“Ia merangkumi perkhidmatan perundingan, pengambilan pelajar serta membina kerjasama kukuh dengan universiti dan rakan industri,” katanya.

Menerusi usaha ini tambahnya, MYI berhasrat untuk menyumbang dengan lebih bermakna melalui pembukaan peluang baharu kepada institusi, menyokong pelajar dalam perjalanan pendidikan mereka, serta mewujudkan jaringan yang memperkukuh ekosistem akademik dan industri.

“Misi kami adalah menyediakan perkhidmatan akademik inovatif yang membuka peluang kepada pelajar, memperkukuh kapasiti universiti serta memberi nilai jangka panjang kepada masyarakat.

“MYI yakin bahawa kerjasama dengan UMTSEA ini akan membawa manfaat besar kepada para pelajar, pendidik dan masyarakat umum,” katanya.

Khairun Nisa memberitahu, MoU berkenaan Majlis menandakan satu pencapaian penting bagi MYI dalam misinya memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan yang inklusif, inovatif dan mampan.

“Ia juga berperanan besar dalam memperkukuh usaha melahirkan bakat berkualiti tinggi yang mampu memenuhi cabaran ekonomi serantau dan global,” katanya.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Holdings, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir; Pengerusi Eksekutif MYI Sdn. Bhd., Amin Mohd Shukor dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar. - Getaran, 26 September 2025

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad