web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 2:14PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengawas peperiksaan yang dilantik dalam kalangan bukan pendidik terikat kepada peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan akta bagi menjamin integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, selain itu, pengawas peperiksaan itu juga akan dikawal selia pengawas peperiksaan berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Bagi menjamin integriti dan profesionalisme pula, mereka yang dilantik perlu menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, borang perakuan bebas jenayah dan penyalahgunaan dadah serta borang perakuan kesihatan diri,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair mengenai signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam dan bagaimana mereka yang dilantik terjamin dari segi karektor, integriti dan profesionalisme.

Berhubung pelantikan pengawas peperiksaan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Lim berkata, berdasarkan unjuran jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah seramai 137,000 orang.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 20 peratus lantikan disasarkan daripada mereka yang bukan kalangan guru atau warga pendidikan.

Lim berkata, bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam itu tidak akan melibatkan jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan, sebaliknya ia kekal dipilih dalam kumpulan guru atau pegawai pendidikan yang masih berkhidmat.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan buat kali pertama telah membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM kepada orang awam dan tawaran julung kali dilaksanakan itu adalah untuk SPM 2023 yang bermula 5 Disember lalu.

Peperiksaan SPM akan berlangsung hingga 7 Mac 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Real Comeback Is Possible’ - MK K-Clique Bangga Dengan Pencapaian Pelajar SPM 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad