web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 2:09PM

Sukarelawan KPM sedang membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Las - gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERMAISURI - Sebanyak 16 pusat peperiksaan di negeri ini yang dijadikan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu dikenal pasti berisiko dilanda banjir gelombang keempat.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah membuat persiapan termasuk memindahkan pelajar ke asrama atau sekolah berdekatan supaya pelajar boleh menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula 31 Jan hingga 7 Mac 2024.

"Bagi Terengganu, kita dah kenal pasti 224 pelajar yang akan duduki SPM mungkin hadapi masalah dari segi lokaliti jika banjir berlaku lagi.

"Bagaimanapun, tindakan telah diambil di peringkat JPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tempatkan pelajar di asrama atau di tempat terdekat dengan pusat peperiksaan untuk pastikan mereka boleh ambil peperiksaan seperti dirancang," katanya ketika ditemui selepas operasi pembersihan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Las di sini hari ini.

Sebanyak 37 sukarelawan Kementerian Pendidikan (KPM) terlibat dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu, Shafruddin berkata jumlah kerugian dihadapi sekolah akibat tiga gelombang banjir di Terengganu baru-baru ini dianggarkan sebanyak RM340,000 yang melibatkan kerosakan perabot dan kelengkapan.

Perkara itu menurutnya, telah dikemukakan kepada KPM untuk tindakan lanjut dan peruntukan akan disalurkan kepada sekolah terlibat dalam masa terdekat.

"Kerugian ini melibatkan kerosakan seperti perabot, pintu … tidak termasuk buku teks dan lain-lain. Kita dah angkat perkara ini ke KPM, insya-Allah peruntukan akan turun dalam masa terdekat untuk baik pulih apa yang rosak," katanya.

Shafruddin berkata keseluruhannya, sebanyak 53 sekolah di lapan daerah di negeri ini terjejas akibat tiga gelombang banjir yang melanda Terengganu bermula 20 Nov lepas, manakala 79 sekolah pula telah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua daerah.

"Operasi pembersihan di semua sekolah yang terjejas dan dijadikan PPS dijangka selesai hari ini. Cuma di PPS SK Tanjung Pati, Dungun sahaja yang belum siap kerana masih ada mangsa banjir di situ.

"Tetapi, esok kita jangka dah boleh bersihkan PPS berkenaan dan semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan seperti jadual asal. Terima kasih kepada semua agensi yang membantu dalam operasi pembersihan sekolah di semua tempat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad