web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 9:14AM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengikut garis panduan ditetapkan termasuk melakukan pemindahan atau menghentikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan pelajar yang terjejas sekiranya keadaan banjir semakin buruk.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah melakukan persediaan dengan baik bagi memastikan pelajar tidak terkesan akibat banjir, sekali gus peperiksaan berjalan dengan lancar bermula Selasa ini.

“Kita ada garis panduan dan juga persiapan (termasuk) melakukan pemindahan dan sebagainya sekiranya berlaku banjir. 

“Sepertimana yang berlaku tahun lepas, apabila ada peperiksaan (SPM) yang terpaksa dihentikan kerana terputus perjalanan dan sebagainya, perlu ada peperiksaan ulangan. Jadi, itu semua telah kita siapkan dalam garis panduan dan persiapan kita,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persediaan KPM sekiranya keadaan banjir semakin buruk ketika peperiksaan SPM berlangsung.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas aksi final Liga Piala KPM-FAM B17 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang di sini malam tadi.

Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata peperiksaan SPM tetap akan dilaksanakan termasuk di kawasan yang dilanda banjir kerana KPM telah membuat persiapan teliti bagi memastikan peperiksaan itu berjalan seperti dijadualkan.

Bagaimanapun, calon dinasihatkan untuk memaklumkan segera kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.

Ujian Amali Sains peperiksaan SPM Tahun 2023 bermula pada 5 hingga 7 Disember ini, dengan 91,908 calon telah mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, manakala bagi subjek Kimia ialah 93,135 calon, Biologi (72,841 calon) dan Sains Tambahan (1,784 calon).

Terdahulu, perlawanan akhir malam tadi menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Skudai (Akademi JDT B-17) dari Johor, muncul juara selepas menewaskan SMK Syed Hassan dari Perlis 1-0.

Fadhlina berkata lebih banyak penganjuran kejohanan sukan seumpama itu akan dijayakan pada masa akan datang untuk mencungkil bakat pelajar berpotensi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad