web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Semula UPSR, PT3: Ini Penjelasan KPM…

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:11AM

Fadhlina Sidek berkata, malah sebarang keputusan untuk melaksanakan semula peperiksaan itu, adalah bergantung kepada hasil laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan tamat pada 2025 - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) setakat ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, malah sebarang keputusan untuk melaksanakan semula peperiksaan itu, adalah bergantung kepada hasil laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan tamat pada 2025.

Katanya, selepas pemansuhan dua peperiksaan utama itu, KPM melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjadi pentaksiran bersifat holistik berterusan dan pendekatan terbaik, bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh serta bersepadu.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikutan pemansuhan UPSR mulai 2021 dan PT3 mulai 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS.

“Pemerkasaan ini melibatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“PBS diperkenalkan mulai 2011 di peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 bagi peringkat sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Selayang, Willian Leong Jee Keen pada pertanyaan lisan Dewan Rakyat.

Dalam soalannya, beliau meminta Fadhlina menyatakan sama ada KPM akan mengembalikan UPSR dan PT3 tanpa bergantung kepada hasil laporan PPPM yang akan mengambil masa tiga tahun lagi.

Selain itu, Fadhlina berkata, PBS bertujuan menilai murid dari aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial, selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“PBS adalah proses ansur maju yang menumpukan perkembangan murid secara holistik serta membolehkan guru memantau perkembangan, kemajuan dan penguasaan setiap murid dalam proses pembelajaran mereka, termasuk kemahiran asas membaca, menulis serta mengira,” katanya.

Fadlina berkata, menerusi PBS, guru juga boleh merancang serta mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), bagi membantu murid meningkatkan tahap penguasaan, pengetahuan, kemahiran serta nilai sebagai asas kukuh untuk mengikuti pendidikan pada peringkat seterusnya.

“Melalui PBS juga, perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah diperkukuh.

“Hal ini selari dengan teras KPM yang mengutamakan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak bijak lagi cerdik,” katanya.

Pada 2021, Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa UPSR dimansuh sepenuhnya, manakala PT3 untuk tahun terbabit dibatalkan.

Menurutnya, pemansuhan UPSR dibuat selepas KPM membuat libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk ibu bapa, guru dan murid.

Bagi PT3 pula, katanya. antara asas dipertimbangkan untuk pembatalan itu adalah mengambil kira tempoh masa dimiliki murid bagi membuat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik COVID-19 belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa.

Susulan keputusan itu, Mohd Radzi berkata, KPM akan memperkasakan PBS, selain Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad