web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebolehpasaran Kerja Lepasan Kolej Komuniti, Politeknik Capai 98 Peratus

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 3:38PM

Datuk Dr Mansor Othman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Pelajar lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dari kolej komuniti dan politeknik mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi, sehingga mencecah 98 peratus setiap tahun.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman berkata keadaan itu membuktikan pelajar berkemahiran ini mendapat tempat dan menjadi pilihan majikan dan industri, selain berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan universiti.

“Kami berbangga dengan rekod kebolehpasaran kerja dalam kalangan pelajar lepasan kolej komuniti dan politeknik di negara ini, kerana institusi tersebut menyediakan program pengajian yang responsif dengan keperluan industri supaya tidak berlaku lambakan siswazah (lepas diploma) tanpa kerja.

“Malah di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga sentiasa membuat semakan dan penjajaran program pengajian dari semasa ke semasa supaya pelajar sudah bersedia memasuki fasa pekerjaan malah TVET memberi nilai tambah kepada pelajar yang melengkapkan sijil dan diploma mereka dengan pengiktirafan serta pentauliahan profesional daripada badan serta agensi diperakui,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Tasek Gelugor bagi Tahun 2020 di sini hari ini.

Sementara itu, Mansor berkata golongan yang diberhentikan kerja dan suri rumah digesa untuk mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dilaksanakan oleh kolej komuniti seluruh negara dalam usaha menambah pendapatan.

Katanya, PSH menyediakan pelbagai kursus kepada orang ramai terutama membabitkan kursus masakan, penyaman udara, pendawaian elektrik dan pembuatan kek serta kuih.

“Kewujudan kolej komuniti  juga telah memperkenalkan komuniti kepada program PSH, termasuk program jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran individu dan menjadikan komuniti sedar akan pentingnya pembelajaran yang berterusan selain peningkatan ilmu dan kemahiran.

“KPT mendapati ramai yang mengikut PSH mampu menambah pendapatan malah ada yang telah berjaya sehingga mampu menjadi usahawan dan memberikan pekerjaan kepada orang lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar