web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

Kolum Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2026 1:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai pelajar di Malaysia memilih bidang pengurusan seperti BBA, MBA, DBA serta keusahawanan sebagai laluan pendidikan tinggi. Namun begitu, realitinya ijazah ini tidak semestinya menjamin kebolehpasaran. Malah, graduan bidang pengurusan sering berdepan tempoh pengangguran yang lebih panjang berbanding lulusan dalam bidang sains dan teknikal.

Isu ini berpunca daripada beberapa kelemahan struktur dalam pendidikan pengurusan itu sendiri—terutamanya dari segi kurikulum, kaedah pengajaran dan latar belakang tenaga pengajar.

Kurikulum

Dari sudut kurikulum, pembangunan silibus di Malaysia sering mengambil jalan pintas. Banyak universiti mengadaptasi atau menggabungkan kurikulum luar negara tanpa penyesuaian yang mencukupi kepada konteks tempatan. Sedangkan kurikulum dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia dibangunkan berasaskan ekonomi pasca-industri, yang berbeza dengan realiti Malaysia sebagai negara membangun.

Akibatnya, kandungan pembelajaran menjadi kurang relevan kepada keperluan pasaran tempatan. Lebih membimbangkan, proses pembangunan kurikulum kadangkala diserahkan kepada pensyarah muda yang masih kurang pengalaman, berbeza dengan amalan di universiti luar negara yang melibatkan ahli akademik senior.

Dalam bidang keusahawanan pula, pendekatan pengajaran cenderung bersifat teoritikal—lebih menekankan definisi dan konsep berbanding kemahiran sebenar untuk membina dan mengurus perniagaan. Banyak kursus turut diisi dengan subjek pengurusan umum bagi melengkapkan struktur program.

Dari segi kaedah pengajaran, pembelajaran masih banyak bergantung kepada buku teks sebagai rujukan utama. Ini bukan sahaja membebankan pelajar dari segi kos, malah menghadkan skop pemikiran apabila peperiksaan tertumpu kepada kandungan buku tersebut. Budaya ini secara tidak langsung mengurangkan dorongan untuk pelajar meneroka ilmu di luar silibus.

Kemudahan Sokongan

Selain itu, kekurangan kemudahan sokongan seperti makmal tingkah laku pengurusan atau platform pembelajaran berasaskan pengalaman menjadikan proses pembelajaran terlalu berorientasikan teori. Walaupun terdapat inisiatif seperti makmal start-up dalam bidang keusahawanan, kebanyakannya tidak disokong oleh jaringan praktademik—iaitu individu yang mempunyai gabungan pengalaman akademik dan industri—yang mampu membimbing pelajar secara praktikal.

Isu tenaga pengajar juga tidak kurang penting. Ramai pensyarah dalam bidang pengurusan tidak mempunyai pengalaman sebenar dalam dunia perniagaan. Di samping itu, pertukaran subjek pengajaran yang kerap dalam kalangan staf menyukarkan mereka untuk mendalami sesuatu bidang secara khusus. Keadaan ini menyebabkan sesi pembelajaran sering menjadi sekadar penyampaian kandungan buku teks atau slaid PowerPoint secara berperingkat.

Dalam masa yang sama, pensyarah turut dibebani dengan pelbagai tugas pentadbiran seperti rekod kehadiran, dokumentasi pengajaran serta keperluan pematuhan sistem seperti Outcome-Based Education (OBE) dan piawaian ISO. Beban ini mengehadkan masa dan ruang untuk mereka merancang pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif.

Kesannya, pendidikan pengurusan di Malaysia dilihat kurang berinspirasi, terlalu berorientasikan teori, serta gagal mengintegrasikan realiti perniagaan tempatan secara efektif. Dalam banyak keadaan, program perniagaan juga dianggap sebagai sumber pendapatan mudah bagi institusi pendidikan kerana kos operasinya yang relatif rendah.

Akhirnya, pelajar menjadi pihak yang paling terkesan kerana menerima pendidikan yang kurang relevan, kurang praktikal, dan tidak sepenuhnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran sebenar dunia pekerjaan. - Getaran, 6 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

Kolum 2 bulan yang lalu

Krisis Negeri Sembilan: Seruan Kepada Kerajaan Untuk Bertindak

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera