web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Sengsara' – Khai Bahar

'Sengsara' merupakan buah tangan terbaharu penyanyi popular Khai Bahar selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K ini merupakan lagu runut bunyi (OST) kepada filem Dendam Penunggu. Sesuai dengan tema filem itu yang bernuansa agak ‘suram’ dan ‘gelap’, lagu ini menepati jalan ceritanya. Ditambah dengan suara Khai Bahar yang sememangnya merdu, ia ada harapan menjadi lagu yang diminati.  Dendam Penunggu merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada Ogos ini. 

 

'Kekasih' – Rahmad Mega

Lama sudah tidak mendengar karya terbaharu penyanyi senior Rahmad Mega dan tiba-tiba beliau muncul dengan sesuatu yang agak unik. Saya katakan unik kerana lagu berjudul 'Kekasih' ciptaan pasangan komposer dan penulis lirik tersohor tanah air Ly dan Baiduri ini sama sekali melawan arus muzik tempatan masa kini. Irama lagunya yang jelas-jelas menampilkan muzik dari tahun lampau sekitar era 50-an dan 60-an mengingatkan kita kepada karya-karya yang sering dimainkan oleh stesen seperti Klasik FM. Petikan gitar yang begitu ketara pasti membuat pendengar berasa seperti menaiki mesin masa dan kembali ke masa lalu. Sungguhpun melodinya berentak lama, lagunya mudah dan ada nilai hiburan.

'Kau Putuskan Pertunangan'  – Ukays

Daripada judulnya sahaja kita sudah tau tema cinta sedih ini pasti akan ada pengikutnya. Dan, seperti hala tuju muzik kumpulan Ukays sekitar 20 tahun yang lalu, nampaknya band yang muncul di alaf baharu ini masih memperjuangkan konsep pop Melayu yang mereka terajui satu ketika dahulu. Muziknya sejujurnya tidak progresif seperti lagu-lagu anak muda zaman sekarang, tetapi kami yakin lagu ini yang begitu sarat dengan susunan muzik ‘cinta leleh’ akan menjadi kesukaan peminat genre muzik sedemikian. Dicipta dan ditulis oleh Amy Ukays sendiri, ia mungkin bukan calon anugerah besar tapi akan mendapat putaran yang tinggi di platform digital.

 

'Bangkit' – Izzul Amin

Karya dari Brunei Darussalam ini wajar diberi pujian untuk satu cubaan yang agak memuaskan. Dengan lagu dan lirik sentuhan pemuzik popular dari negara tersebut iaitu saudara Ezuone, vokalisnya Izzul Amin cuba memberi makna kepada karya ini. Mempertaruhkan irama berkonsep pop rock, 'Bangkit' membawa mesej positif dan mengingatkan kita supaya jangan lupa meminta kepada Sang Pencipta untuk bangun semula. Iramanya tidak rumit dan  mengingatkan kita kepada lagu-lagu Malaysia yang pernah menggunakan melodi sama. Semoga karya Izzul Amin selepas ini akan menjadi bertambah baik sesuai bakat dan keyakinannya. 

 

'Tak Perlu Tahu'  – Izat Ibrahim

 

Segar, moden dan kontemporari. Itulah yang boleh dirumuskan tentang lagu ini. 'Tak Perlu Tahu' adalah karya yang semua perlu ketahui kerana ia menunjukkan bahawa bakat tempatan mampu melangkah jauh dalam arena muzik. Konsep yang dipertaruhkan memang sesuai dengan peredaran zaman dan karya ciptaan Razil MN, Izat Ibrahim, Jimmy_thegoat, Ricardo Perelta dengan lirik oleh  Razil MN ini  mengingatkan kita kepada lagu-lagu yang dimainkan di kelab malam dan pertunjukan fesyen berskala besar. Temponya yang laju juga nyata berbeza daripada balada atau lagu Melayu lain yang sering kita dengar di radio. Semoga Izat Ibrahim mampu menembusi pasaran arus perdana dengan menemui titik kompromi antara identiti muziknya dan kehendak pasaran tempatan. Syabas Izat!   

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Admin Ukays Mohon Maaf Atas Kesilapan Maklumat Konsert Di Kota Bahru

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Selepas Keisya Levronka Nabila Razali Pilih Khai Bahar Jadi Pasangan Duet Lelaki Pertama 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN