web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Keisya Levronka Nabila Razali Pilih Khai Bahar Jadi Pasangan Duet Lelaki Pertama 

Nabila Razali membuka tahun baharu ini dengan sebuah single duet, 'Selagi Ku Ada' bersama Khai Bahar. Ia merupakan single duet kedua Nabila Razali selepas 'Tak Ingin Usai' bersama penyanyi sensasi Indonesia, Keisha Levronka. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 3:49PM

Khai Bahar dan Nabila Razali - Gambar Universal Music Malaysia 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun terus menerima kecaman tentang kebolehannya untuk menyanyi secara ‘live’, namun Nabila Razali tetap teguh untuk terus melangkah ke hadapan demi melebarkan kerjaya seninya. 

Bahkan, Nabila Razali membuka tahun baharu ini dengan sebuah single duet, Selagi Ku Ada bersama Khai Bahar. Ia merupakan single duet kedua Nabila Razali selepas Tak Ingin Usai bersama penyanyi sensasi Indonesia, Keisha Levronka. 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia 
Gambar ihsan Universal Music Malaysia 

Apa yang menarik juga, 'Selagi Ku Ada' juga adalah single duet pertama Nabila Razali bersama penyanyi lelaki dan memilih Khai Bahar sebagai pasangan duet lelaki pertamanya ini bukanlah suatu yang menghairanka kerana Khai memang sudah dikenali sering berduet dengan penyanyi-penyanyi wanita. 

Kata Nabila, dia bersyukur projek istimewa itu berjalan lancar dan gembira dengan respon luar bisa peminat walaupun sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur perancangan menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Juga berterima kasih kepada Khai yang sudi untuk menjadi rakan duet saya.  Saya harap lagu ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan,” ujarnya.

Nabila dan Khai Bahar ditemui pada majlis pelancaran selagi ku ada di Dadi Cinema, Pavilion pada semalam.

Sementara itu, Khai yang sudah menghasilkan tujuh lagu duet bersama beberapa penyanyi wanita tahah air pula berkata, ini merupakan kolaborasi yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Khai Bahar - Gambar ihsan Universal Music Malaysia 
Khai Bahar - Gambar ihsan Universal Music Malaysia 

“Alhamdulillah, ini adalah kolaborasi yang saya nantikan dan bersyukur semuanya berjalan seperti dirancang. Pertama kali dengar lagu ciptaan Amylea membuatkan saya teruja dan berharap peminat juga dapat jatuh cinta dengan lagu ini,” ujarnya.

'Selagi Ku Ada' juga merupakan runut bunyi bagi drama 'Kerana Cinta Itu Ada' (lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf) dan merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea
Azizan. Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' sedang bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 petang.

'Selagi Ku Ada' berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua. Namun, selagi masih ada waktu mereka akan cuba untuk kembali bersama.

Gambar ihsan Universal Music Malaysia 
Gambar ihsan Universal Music Malaysia 

Muzik video 'Selagi Ku Ada' telah menjalani penggambaran selama dua hari di sebuah resort di Janda Baik, Pahang dan diarahkan sendiri pengarah drama kerana 'Cinta Itu Ada' iaitu Azri Izhar.
'Selagi Ku Ada' merupakan kolaborasi empat  syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote, Alternate Records Sdn Bhd & Grateful Music Entertainment dan diedarkan
Universal Music Malaysia.

Lagu 'Selagi Ku Ada' boleh distrim dan ditonton di semua platform penstriminan muzik digital bermula semalam dan muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube, Nabila Razali Entertainment. - Getaran, 12 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nabila Razali Bijak Menyimpan, Kini Miliki Kediaman Cecah Jutaan Ringgit Hasil Titik Peluh Sebagai Penyanyi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang