web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Razali Bijak Menyimpan, Kini Miliki Kediaman Cecah Jutaan Ringgit Hasil Titik Peluh Sebagai Penyanyi

Menurut Nabila Razali, dia lebih gemar menyimpan duit untuk membeli aset seperti hartanah berbanding membeli beg tangan berjenama mewah

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:08PM

Nabila Razali berkata, penting untuk wanita di zaman ini memiliki aset sendiri agak boleh meneruskan hidup tanpa mengharapkan bantuan sesiapa - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Nabila Razali mengaku dia seorang yang sangat menjaga kewangannya dan tidak suka sewenang-wenangnya menghabiskan wang untuk perkara yang tidak penting.

Berkat kesungguhannya dalam mencari rezeki dalam bidang seni, kini penyanyi yang popular dengan lagu 'Pematah Hati' sudah boleh menarik nafas lega apabila berjaya membeli sebuah rumah mewah yang terletak di Rawang. 

“Alhamdulillah sudah enam bulan saya pindah ke rumah baru ini. Saya tinggal sendiri di sini. Tetapi kadang-kadang keluarga akan datang menemani saya di sini. Saya rasa mahu ruang untuk diri sendiri. Sebelum ini saya tinggal bersama keluarga dan di sana ada adik beradik lain juga yang tinggal satu bumbung. 

“Barang kita pun kadang-kadang sampai dah makan ruang orang lain. Jadi baik saya cari rumah sendiri dan belajar hidup berdikari. Saya juga bukan semakin muda. 

“Saya pun tak sangka akan berjaya membeli rumah sebegini di usia sebegini. Alhamdulillah rezeki saya murah dalam industri ini. 

“Semua urusan pembelian rumah ini juga dipermudahkan. Proses untuk membeli rumah ini bukanlah sekejap. Lama juga saya menyimpan, saya tahan nafsu untuk buat itu ini. Semuanya telah ditentukan oleh Allah,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka di kediamannya.

Sejak kecil, ibu sudah ajar Nabila Razali cara untuk simpan duit dan melabur seperti simpan di ASB
Sejak kecil, ibu sudah ajar Nabila Razali cara untuk simpan duit dan melabur seperti simpan di ASB

Jika individu bujang yang lain lebih selesa untuk tinggal kondominium atau apartment, namun lain pula bagi Nabila. Katanya dia sudah terbiasa tinggal di rumah atas tanah.

“Saya memang membesar di rumah ‘landed’. Memang impian saya juga untuk memiliki rumah yang ‘landed’ juga. 

‘Saya tak biasa tinggal di rumah yang kena naik ‘lift’. Tetapi saya suka sahaja rumah kondo atau apartment. 

“Cuma saya memikirkan keluarga serta kawan-kawan yang nak datang. Keluarga saya besar, mereka suka lepak-lepak. 

“Lebih mudah jika tinggal di rumah ‘landed’. Saya suka tengok anak-anak buah saya berlari-lari di luar rumah. Mungkin satu hari nanti anak saya pula,” katanya sambil ketawa. 

Kata Nabila lagi, penting untuk wanita di zaman ini untuk memiliki aset sendiri agak boleh meneruskan hidup tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. 

“Sejak dari kecil, ibu sudah ajar cara untuk simpan duit dan melabur seperti simpan di ASB. Saya juga ada belajar dengan pengurus saya tentang simpanan emas. 

“Saya suka dengar dan belajar tentang pelaburan. Kalau kita tengok di media sosial, ada banyak cara untuk kita simpan duit. 

“Benda-benda macam inilah yang perlu kita pelajari lebih-lebih lagi sekarang di saat ekonomi tidak berapa memberangsangkan. 

“Alhamdulillah sejak saya tubuhkan syarikat Nabila Razali Entertainment, saya sudah mula buat slip gaji. 

“Sebagai artis kita tidak ada slip gaji. Segala dokumen yang kita tak ada, kita buat. Walaupun kita tak tahu macam mana, kena rajin bertanya kerana benda ini akan permudahkan urusan kita dalam pembelian aset. 

“Memang ada yang cakap ada duit semua benda boleh beli. Memang boleh beli, tetapi kertas kerja perlu buat juga. Perkara ini kita sendiri perlu ada inisiatif untuk belajar. 

“Penting untuk kita tahu apa keperluan utama kita. Mungkin bagi sesetengah anak muda mereka lebih gemar membeli tas tangan berjenama mewah dulu baru simpan duit untuk beli benda lain. Tetapi perkara ini terpulang kepada diri masing-masing. 

“Saya tidak mahu bandingkan diri saya dengan sesiapa. Tahun 2023 ini macam-macam perkara kita dengar tentang ekonomi. OPR pun semakin naik. Jadi lebih baik menyimpan sekarang daripada menyesal di kemudian hari,” kongsinya. 

Nabila juga mengingatkan lebih baik menyimpan sekarang daripada menyesal di kemudian hari
Nabila juga mengingatkan lebih baik menyimpan sekarang daripada menyesal di kemudian hari

Beralih ke soal kerjaya, Kata Nabila tidak lama lagi dia akan keluar dengan lagu baru kolaborasi bersama sebuah kumpulan. Namun dia tidak boleh mendedahkan butiran dengan lebih lanjut tentang siapa kumpulan yang akan bergandingan dengannya. – Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang