web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 2:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikatan Kita – Wafahish  

Mungkin ada yang pernah mendengar nama kumpulan acapella Bahiyya Haneesa yang terkenal di media sosial. Kini salah seorang ahli kumpulan mereka Wafahish tampil solo dengan karya sulungnya berjudul 'Ikatan Kita'.

Dicipta oleh dirinya sendiri dengan lirik bersama Khair Hisham, 'Ikatan Kita' adalah sebuah lagu pop yang disusun dengan baik. Sungguhpun begitu, melodinya mirip dengan beberapa lagu balada pop yang sudah ada di pasaran dan ini bermakna ia perlu bersaing dengan banyak karya sepertinya.

Tidak dinafikan Wafahish mempunyai suara yang merdu namun pada pendapat saya untuk menyerlah, dia perlu tampil dengan sesuatu yang lebih unik dan berlainan. Apapun syabas untuk percubaan sulung ini.

 

Garis – Legion   

Sebaik sahaja mendengar lagu kumpulan ini saya mendapat bayangan gaya muzik kumpulan Linkin Park serta Rage Against The Machine gara-gara persamaan konsep karya mereka.

Gabungan elemen hip hop dan rock dalam lagu ini membuat ia menarik apatah lagi dengan nyanyian rap Reefa bintang hip hop tempatan yang pernah mencipta nama sekitar dua dekad lalu di bawah label terkenal Positive Tone.

Dicipta oleh Puvan dengan lirik sentuhan Puvan dan Reefa sendiri, lagu ini punya alunan yang lain daripada lagu Melayu yang sering dimainkan di radio tempatan.

Malah vokalis mereka Cliff Umar yang terkenal dengan lagu 'Wanita Seluruh Dunia' sewaktu bersama Projek Pistol dahulu memberikan gaya nyanyian yang berbeza dengan persembahan-persembahannya sebelum ini.

 

 

Jauhari – Tujuloca 

Gabungan duo hip hop suami isteri Tujuloca muncul dengan sebuah lagi karya hebat dan pada saya ini mungkin kolaborasi terbaik yang pernah mereka hasilkan. Dicipta sepenuhnya oleh mereka berdua, lagu ini mempunyai hook yang mudah diingati berkat korusnya yang disampaikan dengan begitu baik.

Alunan suara Loca dalam korus kedengaran merdu dan melodinya kena dengan selingan mesej cara hip hop yang mereka sampaikan. Tuju yang sudah ada identiti nyanyian rapnya tersendiri menghidupkan lagu ini dengan jaya manakala nyanyian rap Loca memberikan jiwa yang diperlukan untuk karya ini.

Sedap didengar dan moden dari segi susunan, ia layak diangkat menjadi runut bunyi dan saya yakin boleh mendapat tempat jika diberikan promosi yang wajar di media elektronik serantau. Syabas Tujuloca!

 

Lain Cara Lain Atur – Hanif Iqbal  

Minggu ini Hanif Iqbal mewakili karya dari Brunei Darussalam, dengan lagunya yang berjudul 'Lain Cara Lain Atur'. Lagunya bermula mudah dan perlahan namun membina momentum ke arah verse kedua.

Liriknya bagus dan mempunyai pesan tersurat yang sesuai dengan suara merdu Hanif. Sungguhpun begitu saya rasa korusnya kurang menyerlah kerana ia disamarkan dengan bahagian lain di dalam lagu.

Walau bagaimanapun, bahagian rancak di tengah lagu ini membantu membezakan lagu ini saat berkumandang. Cubaan yang baik ini pasti boleh membantu Hanif untuk menghasilkan yang lebih baik di dalam projek berikutnya nanti.

 

Lupa – Ryan Sufian & KamarxKazie 

Jiran terdekat kita, Singapura mempertaruhkan sebuah lagi karya yang tidak kurang menarik berjudul 'Lupa'. Lagu ini menerapkan elemen rap dengan R&B untuk memberikan sedikit kelainan.

Dipersembahkan oleh Ryan Sufian dan KamarxKazie, ia dicipta oleh Yazri Malik dengan lirik oleh Ryan Sufiyan, KamarxKazie serta Yazri sendiri.

Susunan muziknya yang mudah nampaknya masuk dengan suara Ryan serta alunan rap KamarxKazie yang tersendiri.

Secara peribadi saya rasa rentaknya juga tidak kurang rancak namun mungkin akan kedengaran lebih menarik jika dihasilkan versi adunan semula atau remix yang mungkin akan memperkukuhkan lagi melodinya. Cubaan yang baik untuk mereka bertiga. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Indie 3 tahun yang lalu

Legion Wakili Suara Harapan Rakyat Tentang Ahli Politik Gila Kuasa Dalam Single Haprak 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...