web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 9:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan Milikmu – Han Byul 

Pernah menjuarai pertandingan Big Stage tidak lama dahulu, penyanyi kelahiran Korea Sealatan Han Byul kembali dengan sebuah balada mudah berjudul 'Bukan Milikmu'. Dicipta oleh Hazama dan Omar K dengan lirik oleh Hazama, Omar K dan Han Byul sendiri, lagu ini bukan sahaja memberi peluang kepada Han Byul untuk menyerlahkan vokalnya, malah ia juga memberi ruang kepadanya untuk menyelitkan sedikit lirik di dalam Bahasa Korea di bahagian bridge lagu. Satu langkah yang agak bijak kerana di situ julat vokalnya dapat diperdengarkan dengan lebih jelas dan pasti disukai pencinta muzik serta budaya K-Pop. Malah, di beberapa bait lagu, sebutan ala Koreanya yang masih kental membuat lagu ini lebih senang mencuri perhatian.

 

Duhai Hati – Zazo Maulana

Namanya mungkin baharu namun Zazo Maulana mempunyai suara yang bagus. Ini terbukti lewat karya berjudul 'Duhai Hati' ini. Lagu yang dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, serta lirik oleh Ikhwan Fatanna bersama Arisz Ab Rahman ini sudah menunjukkan keunikan vokal Zazo yang jaguh bermain nyanyian cara vibrato. Kadang kala gaya nyanyiannya ada mengingatkan saya kepada Ziana Zain kerana Zazo mempunyai suara yang besar dan jangkauan yang luas. Saya yakin Zazo ada harapan menjadi seorang bintang pop jika diberi ruang udara yang lebih. Lagu ini merupakan satu pengenalan yang baik untuknya dalam memperkenalkan dirinya sebagai bintang baharu yang mempunyai potensi. 

 

Ketentuan Takdir  – Dato Aishah

Antara penyanyi paling ikonik di Malaysia, Datuk Aishah tiba-tiba membuat kejutan dengan kelahiran karya terbaharunya yang berjudul 'Ketentuan Takdir'. Lagu ciptaan Chevy Amry ini mendapat sentuhan lirik penulis lirik tersohor Datuk Habsah Hassan, dan nampaknya Datuk Aishah berjaya menginterpretasikan bait-bait lirik lagu ini dengan baik sekali. Lebih menakjubkan suara Datuk Aishah masih sehebat zaman kegemilangannya sekitar 30 tahun dahulu dalam karya ini. Lagu yang berentak balada ini mungkin berbeza dengan karya-karya popnya terdahulu berkat susunan muzik dan gubahan yang lebih moden. Namun ia tetap menghiburkan dan mempunyai harapan untuk mengingatkan para pencinta muzik Malaysia tentang kehebatan vokal Aishah yang legenda.

 

Tahniah– Auf Ismail

Karya Brunei Darussalam minggu ini merupakan sebuah lagu yang sangat positif dan indah. Dinyanyikan oleh Auf Ismail, lagu ini ciptaan Ezueone dengan lirik oleh Sang Hikayat. Di awal lagunya, ia bermula agak perlahan, namun sedikit demi sedikit lagunya membina momentum dan setibanya di korus ia memuncak dengan penuh keceriaan. Sesuai dengan susunan muziknya yang ceria dan menghiburkan, lagu ini membawa pesan atau ucap tahniah buat semua yang sudah mampu sampai ke tahap sekarang dan meneruskan perjuangan biarpun terpaksa melalui pelbagai halangan hidup. Bait lirik lagunya yang berbunyi “Tahniah buat kalian, Jiwa-jiwa yang patah, Yang pantang menyerah, Melawan Lelah,” seolah-olah menjadi tunjang utama lagu ini. Tahniah buat pihak produksi kerana bijak memilih konsep dan arahan lagu!

Tersebutlah Kisah – Fauzie Laily 

Salah seorang vokalis lelaki Melayu paling popular Singapura Fauzie Laily muncul dengan sebuah karya menarik berjudul 'Tersebutlah Kisah'. Dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri bersama Hairi Eyes, lagu ini menampilkan sesuatu yang agak berlainan. Seperti judulnya 'Tersebutlah Kisah', ia bermain dengan unsur syair di mana pembukaan lagu persis mukadimah syair Melayu umum dan perlahan-lahan unsur muzik moden dimasukkan dengan terapan elemen bunyi R&B yang digabungkan dengan baik. Namun saya sedikit terkilan kerana lagu ini tidak mempunyai korus yang mudah diingati kerana ia seperti berbaur dengan verse lagunya. Walau bagaimanapun susunan serta gabungan dua elemen muzik dalam lagu ini menunjukkan ia satu percubaan yang baik dan berani. Semoga Fauzie dan pasukannya akan terus memberikan yang terbaik selepas ini. - Getaran, 25 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Jangan Sebarkan Fitnah!’: Aishah Bidas Kenyataan Sherry Alhadad

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Senarai 11 Artis Terjun Ke Dunia Politik

3

TARA 3 tahun yang lalu

Aishah Layak Digelar Ratu Pop, Bawa Konsert Tahap Antarabangsa Bersama MPO

4

TARA 3 tahun yang lalu

Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN