web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

“Saya dah gunakan bermacam cara untuk kurus, tapi tidak berjaya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk potong usus,” kata Aishah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 2:05PM

Aishah membuat pengakuan jujur tersebut pada malam Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Datuk Aishah tidak menyangka bahawa selama ini dia telah membawa ‘baby hippo’ dalam dirinya. 

“Saya dah gunakan bermacam cara untuk kurus, tapi tidak berjaya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk potong usus. 

“Ya, saya potong usus. Saya mengaku dan, saya telah kehilangan 47 sehingga 50kilogram selepas membuat pembedahan potong usus tersebut. 

“Saya tidak dapat bayangkan betapa banyaknya berat badan yang saya hilang.

“Saya juga tidak sangka saya telah membawa ‘baby hippo’ ke mana-mana selama ini,” katanya disambut dengan derai tawa daripada peminat-peminatnya. 

Aishah membuat pengakuan jujur tersebut pada malam Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous yang telah berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam tadi. 

Dia juga mengakui bahawa dia sudah mampu memakai semula pakaian lamanya sejak waktu dia menyertai The Fan Club. 

“Tapi, sayangnya … saya tidak simpan pula baju-baju tersebut,” kata Aishah lagi. 

Aishah menjadi penyanyi utama kumpulan pop dari New Zealand (1987), The Fan Club sebelum melancarkan kerjaya solonya pada tahun 1990.

Pada malam itu, Aishah telah mempersembahkan rangkaian lagu-lagunya solonya termasuk sewaktu dia bersama The Fan Club dulu. 

Ikuti artikel tentang ulasan konsert Aishah ini di Getaran nanti. - Getaran, 7 Ogos 2022 

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel