Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Aishah Layak Digelar Ratu Pop, Bawa Konsert Tahap Antarabangsa Bersama MPO

Aishah cukup lincah, ligat dan memberikan energi serta getaran ala Aishah & The Fan Club kepada audiens.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 2:00PM

Gambar ihsan DFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dialah sebetulnya Ratu Pop Malaysia! 

Dengan barisan lagu hit yang banyak, lantunan vokal yang hebat, gaya dan persembahan yang versatil dan komunikasi yang cukup menarik dan mencuit hati, selayaknya gelaran itu diberikan buat Datuk Aishah sewaktu beraksi di Dewan Filharmonik Petronas Malaysia bersama Orkestra Filharmonik Malaysia pimpinan Ahmad Muriz Che Rose. 

Konsert  'Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous' sebelum ini tertangguh disebabkan PKP dan COVID-19.
Konsert 'Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous' sebelum ini tertangguh disebabkan PKP dan COVID-19.

Pada konsert  Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous yang sebelum ini tertangguh disebabkan PKP dan COVID-19, Aishah seolah-olah melepas geram untuk membawakan lagu-lagu solonya sendiri, lagu-lagu bersama The Fan Club dan lagu-lagu popular yang pernah dirakamnya semula. 

Untuk membangkitkan mood penonton pada malam itu, Aishah membuka tirai persembahan lagu medley, ‘Tiada Duka’ dan ‘Jari-Jemariku Sakit Semua’ yang disusun semula muziknya oleh Ilham Subri dalam bentuk orkestra. 

Tapi, ia mungkin untuk disesuaikan dengan synchronization lagu medley seterusnya, ‘Menanti’ dan ‘Malam’ (susunan muzik oleh Luqman Aziz) yang jarang sekali didengar. Lagu ‘Malam’ itu juga menyedarkan penulis bahawa ia sebuah lagu R&B yang cukup baik dan vokal Aishah juga sesuai membawakan lagu daripada genre sebegini. 

Aishah seolah-olah melepas geram untuk membawakan lagu-lagu solonya sendiri, lagu-lagu bersama The Fan Club dan lagu-lagu popular yang pernah dirakamnya semula.
Aishah seolah-olah melepas geram untuk membawakan lagu-lagu solonya sendiri, lagu-lagu bersama The Fan Club dan lagu-lagu popular yang pernah dirakamnya semula.

Dan, melihat aksi dan gaya Aishah membawakan medley lagu-lagu yang sederhana laju ini membuatkan penonton sangat terhibur. Aishah cukup lincah dan ligat dan memberikan energi dan getaran ala Aishah & The Fan Club kepada audiens. Apatah lagi dengan setelah bentuk badannya kembali langsung seperti zaman itu. 

Audiens mula bertepuk dan menjerit apabila Aishah membawakan lagu ‘Kasih Kita’ dan ‘Kau Yang Istimewa’ secara penuh, kedua-dua susunan muzik ini oleh Jenny Chin. 

Siapa yang mampu melupakan kedua-dua lagu hit Aishah ini, apa lagi bila melihat beliau menyanyikannya  secara ‘live’, ia adalah satu kepuasan yang total. Suaranya mencapai setiap notasi lagu-lagu itu dengan tepat sekali. 

Sebaik sahaja kedua-dua lagu itu dinyanyikan, ramai yang tidak sabar menanti untuk Aishah membawakan lagu seperti ‘Cinta Beralih Arah’, ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’, ‘Camar Yang Pulang’ serta ‘Janji Manismu’ secara penuh. 

Tetapi, Aishah terlebih dahulu membawa audiens mengimbau semula zamannya bersama Aishah & The Club menerusi lagu ‘Never Gave Up on You’, ‘Sensation’ dan ‘Call Me’, susunan Gerard Salonga yang dipersembahkan secara medley. 

Penulis bukanlah membesar di zaman Aishah & The Club, namun apabila menyaksikan Aishah membawakan semua lagu-lagu itu, ternyata Aishah memang punya aura, karisma dan kredibiliti bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa bersama kumpulan dari New Zealand itu. 

Bahkan, Aishah turut membawakan lagu ‘I Feel The Love’ dan ‘Don’t Let Me Down’ (susunan muzik oleh Gerard Salonga) secara medley di dalam set persembahannya yang kedua. 

Kedua-dua lagu ini penting dalam sejarah kerjaya muzik Aishah bersama The Fan Club. ‘I Feel the Love’ adalah lagu single pertama dalam album kedua mereka, Respect The Beat yang telah diterbitkan dan diluncurkan di Amerika Syarikat sehingga berjata membantu mereka untuk mendapat tawaran komersil video Pepsi yang pertama. 

Aishah cukup lincah dan ligat dan memberikan energi dan getaran ala Aishah & The Fan Club kepada audiens
Aishah cukup lincah dan ligat dan memberikan energi dan getaran ala Aishah & The Fan Club kepada audiens

Manakala, ‘Don’t Let Me Down’ adalah lagu yang meraih penjualan paling banyak dan berjaya menembusi Amerika Syarikat. Wah, memang hebat! Dan, kehebatan Aishah tatkala membawakan kedua-dua lagu itu masih kekal sama, cuma imej penampilannya sahaja yang sudah berbeza. 

Aishah turut membawakan lagu ‘Bayangan’ dan ‘Fatwa Pujangga’ secara penuh sebelum tampil ke pentas semula untuk membawakan beberapa lagu solonya secara medley termasuk ‘Cinta Beralih Arah’ (susunan muzik oleh Vivian Chua). 

Agak ‘frust’ juga bila lagu ‘Cinta Beralih Arah’ dinyanyikan secara medley dan lebih mengecewakan apabila lagu ‘Camar Yang Pulang’ dan ‘Janji Manismu’ (susunan muzik oleh Ilham Subari) juga turut dimedleykan sama. 

Aishah bersama Ahmad Muriz Che Rose
Aishah bersama Ahmad Muriz Che Rose

Deejay radio, Halim Othman yang hadir di konsert itu dan duduk di belakang penulis juga turut menyatakan hal yang sama sedangkan dia datang menyaksikan konsert itu kerana terlalu meminati lagu ‘Camar Yang Pulang’. 

Mujurlah Aishah membawakan lagu ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ (susunan muzik oleh Ahmad Muriz Che Rose) secara penuh. Sedikit sebanyak, audiens tidak begitu rasa terluka. 

Aishah bagaimanapun mengakui, banyak lagu yang ingin dinyanyikan tapi tidak dapat berbuat demikian kerana waktu yang terhad. 

Maka, beliau sanggup tunaikan permintaan audiens yang mahukan dia menyanyikan lagu ‘Pulanglah’ dan ‘Melukut Di Tepi Gantang’ tanpa iringan muzik. Tidak penuh tapi cukuplah untuk membuatkan audiens merasa puas. 

Antara lagu lain yang turut dinyanyikan Aishah pada malam itu adalah lagu Jepun, ‘Hanakage’, ‘Kau Pergi Tanpa Pesan’, ‘Fatwa Pujangga’ dan ‘All By Myself’ yang pernah dibawanya sewaktu menyertai Gegar Vaganza 4. 

Selain membawakan lagu ‘Camar Yang Pulang’ dan ‘Janji Manismu’ sebagai lagu penutup, Aishah juga menutup tirai persembahannya dengan lagu ‘Bahtera Merdeka’ demi meraikan bulan kemerdekaan tanah air. 

Walaupun sudah berkali mendengar Aishah membawakan lagu ini secara ‘live’, namun ia masih tetap sama seperti di dalam kaset dan penuh dengan emosi. 

Tiada apa yang perlu dikatakan lagi, Aishah memang seorang penyanyi dan penghibur yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Rasanya ramai yang tidak sabar menunggu konsert solo dengan band muzik penuh daripada Aishah selepas ini. We want more! – Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright