web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiara – Raffa Affar   

Penyanyi yang bermula sebagai bintang YouTube di Indonesia, Raffa Affar kini mula mencipta nama di arus perdana muzik Malaysia.

Kali ini Raffa muncul dengan rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Kris satu ketika dahulu. 

Lagu ciptaan komposer tersohor M. Nasir ini diberi nafas baharu oleh Raffa tanpa mengubah alunan melodi asal.

Suara Raffa yang muda memberikan satu kelainan kepada lagu ini namun interpretasinya mirip dengan beberapa kumpulan pop rock asal Indonesia yang gemar mendendangkan lagu-lagu mendayu.

Sejujurnya tiada apa yang luar biasa, hanya suara merdu Raffa yang berbeza dengan penyanyi asalnya. 

 

I Miss You – Bunkface   

Antara kumpulan punk rock yang paling lama bertahan dalam industri muzik tempatan, Bunkface kembali dengan sebuah lagi karya hebat berjudul 'I Miss You'.

Dicipta sepenuhnya oleh Sam, Paan, Youk, dan Biak, lagu ini semestinya kekal dengan imej serta personaliti muzik Bunkface. 

Korusnya mudah namun pada saya berkesan kerana ia bakal diingati jika kerap dimainkan di radio dan platform digital.

Lagu yang menceritakan tentang kisah perjalanan kumpulan mereka dari awal hinggalah sekarang ini mengingatkan saya kepada tema lagu 'Apa Khabar' nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne yang juga menceritakan perjalanan kerjaya Joe dan Too Phat dari awal. 

Bagi para pejuang muzik moden seperti punk rock dan hip hop, saya rasa penceritaan dalam lagu seperti ini memang sangat wajar dan pasti bakal disukai para peminat tegar.

 

Mengintai Dari Tirai Kamar – Amsyar Lee dan Ezad Lazim 

Nampaknya lagu-lagu rock Melayu era awal 2000-an dan hujung 90-an kini menjadi siulan semula. Malah semakin popular di negara jiran Indonesia juga saat karya-karya ini diadun semula dan tular di wadah TikTok. 

Tidak ketinggalan memeriahkan senarai lagu-lagu ini adalah 'Mengintai Dari Tirai Kamar' nyanyian asal kumpulan Exist satu Ketika dahulu. Kini ia dirakam semula oleh bekas vokalisnya Ezad Lazim bersama dengan bintang mimik suara Amsyar Lee. 

Sejujurnya pada saya ia tidak banyak perbezaan dengan versi asal namun yang menarik, suara Amsyar benar-benar membawa perubahan dalam lagu ini.

Amsyar yang mampu meniru gaya nyanyian ramai artis popular memberikan secebis kelainan pada lagu ini membuatkan ia menarik untuk dinikmati. Sama tapi tak serupa!

 

Tinggal – Miennan Yunos  

Minggu ini lagu berjudul 'Tinggal' nyanyian Miennan Yunos dari Brunei Darussalam menghiasi segmen ulasan kami kali ini. Lagunya mudah namun mempunyai susunan muzik yang agak menarik di beberapa bahagian. 

Dicipta sepenuhnya oleh Miennan sendiri, lagu ini mungkin ada harapan jika diberi putaran yang wajar. Ia mempunyai persamaan dengan balada pop Melayu lain yang sedikit mendayu-dayu tapi masih ada peminatnya tersendiri. 

Secara umum,  ia karya yang ada harapan namun perlu bersaing dengan banyak lagi lagu yang mungkin ada persamaan konsep dan irama. Walau bagaimanapun, satu percubaan yang tidak sia-sia untuk Miennan.

 

Tak’kan Pernah Jemu – KamarxKazie dan Hyrie Ridwan 

Sebuah lagi karya berentak R&B dan hip hop menjadi lagu pilihan kami dari Singapura untuk minggu ini. Lagu berjudul 'Tak’kan Pernah Jemu' ini didendangkan dengan begitu baik oleh KamarxKazie dan Hyrie Ridwan dengan cara mereka tersendiri.

Mempunyai unsur lagu R&B umum, korusnya mudah dan tidak berlebihan. Seperti kebanyakan lagu R&B, selain rentaknya yang memainkan peranan penting dalam membawa arus lagu suara merdu vokalisnya juga menjadi tunjang. 

Ternyata Hyrie dan KamarxKazie mampu menjiwai melodi serta lirik lagu ini dengan baik dan menyampaikan lagu ini dengan penuh kesan. Satu lagi projek yang berjaya menurut saya. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Menyatukan Hujan, Bunkface, Insomniacks Dan Masdo Dalam Konsert Jiwa Kacau Satu Apresiasi – Penganjur

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tergendala Selama 3 Tahun, Festival Muzik Ala Coachella ‘Nusa Fest’ Kembali Februari 2023

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...