web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyatukan Hujan, Bunkface, Insomniacks Dan Masdo Dalam Konsert Jiwa Kacau Satu Apresiasi – Penganjur

Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 3:09PM

Wakil Bunkface, Hujan dan Insomniacks di sidang media Konsert Jiwa Kacau - Gambar ihsan penganjur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pernah lagi, mana-mana penganjur acara tempatan yang berani untuk menyatukan empat band muzik bebas arus perdana iaitu Hujan, Bunkface, Insomniacks dan Masdo  dalam satu pentas konsert yang sama. 

Namun, itulah yang cuba dilakukan MND Sport & Event Sdn Bhd menerusi Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.

Kumpulan Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran ‘gila’ yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.

Bahkan, band muzik yang memiliki lagu-lagu hits seperti 'Malam Ini Kita Punya', 'Situasi', 'Dunia Baru' dan 'Masih Di Sini' itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti.

“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’!

“Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface.

Bagi Insomniacks yang semakin berpengaruh dengan lagu 'Kepala Batu', 'Langgar' dan 'Pulang' menyifatkan, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti.

“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,” kata Insomniacks.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel berkata, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan.

“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks dan Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap fenomena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing.

“Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka,” katanya. 

Insomniacks membuat persembahan di sidang media Konsert Jiwa Kacau - Gambar Penganjur
Insomniacks membuat persembahan di sidang media Konsert Jiwa Kacau - Gambar Penganjur

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks dan Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan tidak akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka ‘gila’.

“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia.

“Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan.

“Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan teruja. Dan harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,” katanya lagi.

Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui www.myticket.asia. – Getaran, 24 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa