web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tergendala Selama 3 Tahun, Festival Muzik Ala Coachella ‘Nusa Fest’ Kembali Februari 2023

Festival muzik yang akan berlangsung selama dua hari di Bandar Malaysia, Sungai Besi ini menggabungkan pemuzik-pemuzik hebat nusantara termasuk  Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 2:00PM

Gambar ihsan Shiraz Projects

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiga tahun lalu, peminat muzik tanah air pernah dikhabarkan akan berpeluang menonton konsert gabungan artis tiga negara yang diberi nama Nusa Fest.

Barisan artis yang terlibat juga bukan calang-calang pada ketika itu lantas mengundang keterujaan peminat muzik tanah air yang dahagakan sebuah festival muzik ala ‘Coachella’.

Kini selepas tergendala hampir tiga tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19, Nusa Fest akan kembali dengan lebih meriah dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! 

Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara termasuklah Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Gambar ihsan Shiraz Projects
Gambar ihsan Shiraz Projects

Untuk pengumuman fasa pertama, Nusa Fest akan menampilkan Budak Nakal Hujung Simpang (MY), Bunkface (MY), Burgerkill (ID), Dipha Barus (ID), Diskoria (ID), Feast (ID), Forceparkbois (MY), Fourtwnty (ID), Gerhana Ska Cinta (MY), Hindia (ID), Iqbal M (MY), Jemson (MY), Kelompok Penerbang Roket (ID), Kunto Aji (ID), The Pinholes (SG), Pusakata (ID), Ras Muhamad (ID), Salam Musik (MY) dan White Percussion Unit (MY).

Namun ada tiga lagi artis yang belum didedahkan nama mereka dan akan diumumkan tidak lama lagi secara berperingkat. 

Bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Februari bertempat di Bandar Malaysia Sungai Besi, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat. 

Selain dari menikmati muzik dari pemuzik-pemuzik hebat, pengunjung juga boleh menikmati makanan popular nusantara serta kraf tangan yang akan dipamerkan dan dijual nanti.

Menurut Pengarah Ususan Shiraz Projects iaitu Shiraz yang merupakan penganjur festival ini, objektif utama festival ini dianjurkan adalah untuk mempamerkan budaya yang terdapat di nusantara. 

“Malaysia sebenarnya kekurangan festival muzik yang mengetengahkan muzik nusantara.

“Jika dilihat di negara jiran iaitu Indonesia, mereka mempunyai beberapa festival muzik setiap minggu yang berlangsung pada masa yang sama. 

“Tetapi di Malaysia kita tidak ada. Jadi apa yang kami cuba lakukan adalah untuk isi kelompongan itu dan anjurkan festival yang bagus yang semua orang boleh bersuka ria,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Gambar ihsan Shiraz Projects
Gambar ihsan Shiraz Projects

Shiraz turut mendedahkan bajet untuk menganjurkan festival ini adalah sebanyak RM4 juta dan mensasarkan kira-kira 20,000 pengunjung yang akan hadir termasuklah pengunjung dari luar negara. 

Apa yang menarik, biarpun barisan pemuzik belum diumumkan, namun tiket untuk festival ini telah pun terjual sebanyak 1000 keping. 

“Pengumuman awal Nusa Fest diawali dengan hanya pengumuman tarikh dan tempat. Tiada nama-nama artis yang diumumkan. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari khalayak. 

“Namun kami percaya bahawa rakyat Malaysia khususnya, memang sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap industri seni tanah air. 

“Buktinya tiket ‘pre-sale’ telah habis terjual walaupun kita hanya memberikan ‘hint’ persembahan tanpa sebarang nama di laman sosial @shirazprojects dan @nusafest.my. 

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, Nusa Fest akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan,” ujarnya.

Tiket Pra-Jualan telah habis dijual dalam masa lima hari dan tiket ‘Early Bird’ berharga RM300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.

Tiket ‘Bundle Of 4’ dijual pada harga RM1200 pada 9 Disember dan ‘Normal Tiket’ pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...