web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 7:08AM

Anwar Ibrahim bersama Amelia Henderson di acara Dialog Anak Muda, Temu Anwar semalam - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Karya bertajuk 'Malaysia MADANI' ciptaan dan nyanyian kumpulan muzik tempatan, Bunkface menjadi lagu tema rasmi bagi pentadbiran berkonsepkan MADANI diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagu berdurasi 2 minit 4 saat itu diperdengarkan buat pertama kali pada Dialog Anak Muda, Temu Anwar di sini, semalam.

Ia mengandungi lirik berdasarkan enam rukun MADANI yang menjadi kerangka visi baharu negara pimpinan Anwar, selain sebagai tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia ke arah negara bangsa maju serta sejahtera.

Enam rukun itu adalah M bagi keMampanan, A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Berikut ialah lirik penuh Malaysia Madani

Peradaban kita bangunkan

Bina kota bina insan

Dari budi jadi budaya

Bina asas kemampanan

Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi

Bangunkan Malaysia Madani

Sepenuh hati jiwa semangat

Terus meyakini Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi

Semarakkan Malaysia Madani

Sepenuh hati jiwa semangat

Terus meyakini Malaysia Madani

Keyakinan jadi ikutan

Pendirian jiwa ihsan

Nilai hormat teras di minda

Daya cipta luar biasa

Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi

Bangunkan Malaysia Madani

Sepenuh hati jiwa semangat

Terus meyakini Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi

Semarakkan Malaysia Madani

Sepenuh hati jiwa semangat

Terus meyakini Malaysia Madani

Malaysia Madani (6 kali)

Terdahulu, media melaporkan, pada 19 Januari lalu, Anwar mengumumkan konsep ‘Membangun Malaysia Madani’ (MADANI) sebagai kerangka dasar baharu negara yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu.

Beliau berkata, pemilihan konsep itu kerana ia dianggap akan kekal relevan dan mampu menyelamatkan negara.

Konsep MADANI menggambarkan pautan baik antara kerajaan dan rakyat berlandaskan kepada asas ketelusan serta kerjasama.

MADANI menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diguna pakai ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Muzik 2 tahun yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad