web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengah ‘Layan’ Nasi Kenduri, Ular Pulak Masuk Kereta

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2026 9:00PM

Ular sawa yang dijumpai menyorok dalam kereta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah kereta terkejut besar apabila diberitahu, ada seekor ular sawa memasuki ruangan enjin kenderaan miliknya.

Insiden berkenaan dikatakan berlaku di sekitar kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak di sini.

Menurut @wartawan.jalanan2026 di Thread, pemilik kenderaan dikatakan sedang menghadiri majlis perkahwinan, apabilanya namanya dipanggil DJ bertugas.

“Kejadian berlaku di Hotel UTM KL. Owner kereta pada mulanya hanya menghadiri kenduri kahwin di hotel berkenaan.

“Namun beliau terkejut apabila DJ announce no plat kereta sekian telah dimasuki ular menurut laporan saksi dari guard di hotel berkenaan. Owner kereta terus ke kereta setelah mendapati no plat yang di announce adalah miliknya,” katanya.

Menerusi video yang dikongsi di pautan https://www.threads.com/@wartawan.jalanan2026/post/DZCf-sngdyU?xmt=AQG0P2xQWbfUQAK-t2HSA7Wg4xmWS1DvIDeg7qFxwp9DEm149OrBeZPb5YriHFkVnaTjQRi&slof=1, dapat dilihat sepasukan anggota Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) bertungkus-lumus mengeluarkan reptilia berkenaan. 

Sementara itu, @syedmuhammadsyihab pula berkata, kawasan sekitar UTM sememangnya menjadi habitat reptilia tersebut sekitar tahun 80an dan 90an. 

Area UTM, area Jalan Maktab, area belakang Dewan Perdana Felda, Jalan Gurney, area AZRB, area Seri Perlis 2 dan kawasan sekitarnya memang ada habitat Si Belit ni,” katanya.

Seorang lagi pengguna Thread, @nnzmn_  pula berkata, banyak kucing dilaporkan hilang di sekitar pejabatnya, yang terletak berhampiran kawasan UTM itu.

No wonder la sebab area office aku pun banyak ular sawa, sebab boleh dikatakan dekat juga la dengan UTM ni. Banyak kucing stray hilang,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang