Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukti Cinta – Wanie Ooi

'Bukti Cinta' merupakan sebuah balada indah nyanyian pendatang baru bernama Wanie Ooi. Dicipta oleh Ikhwan Fatanna bersama Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna sendiri, ia merupakan satu percubaan yang baik untuk Wanie. Wanie mempunyai suara yang sangat hebat dan merdu. Malah warna suaranya mempunyai pelbagai rona yang memberikannya sedikit kelebihan berbanding penyanyi-penyanyi baru lain. Namun kadangkala suaranya ada kemiripan dengan beberapa vokalis lain dalam pasaran. Sungguhpun begitu, oleh kerana ada beberapa lagu yang menampilkan genre yang sama, lagu ini mungkin akan memerlukan sokongan pemasaran yang lebih padu untuk memastikan kejayaannya. Lagu ini juga menjadi runut bunyi asli drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga.  

Makna -Datin Salwa Abdul Rahman dan Red Rahimad

Generasi hari ini mungkin kurang mengenali namanya namun Datin Salwa Abdul Rahman sebenarnya bukanlah satu nama asing dalam dunia seni suara Malaysia. Pernah mencipta nama di tahun 80-an dan 90-an, beliau kini kembali dengan sebuah karya kejutan berjudul 'Makna'. Mempertaruhkan irama dangdut yang satu Ketika dahulu salah sebuah genre muzik kesukaannya, irama lagu ini dirancakkan lagi dengan iringan nyanyian rap oleh Red Rahimad. Dicipta dan ditulis oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim, serta Ariff Peter, lagu ini sebenarnya satu percubaan yang agak baik dan tidak kurang menghiburkan. Ternyata dangdut mampu bersulam dengan hip hop jika disusun dengan kemas. Jika diberi putaran radio secukupnya, ia mampu membuat generasi masa kini sekurang-kurangnya mengenali siapa Salwa Abdul Rahman.

Narsis – Elizabeth Tan featuring Zynakal 

Lama juga tidak mendengar karya baharu daripada Elizabeth Tan dan kini gadis cantik ini kembali dengan sebuah lagu berjudul 'Narsis' yang turut menampilkan Zynakal. Dicipta sepenuhnya oleh Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, dan Zynakal sendiri, 'Narsis' sebuah lagu yang pendek namun sangat menghiburkan. Seperti kebanyakan lagu-lagu Elizabeth Tan, karya-karyanya memang mempunyai hook yang mudah diingati. Selain sesuai dengan gaya persembahannya, ia juga menjadi lebih menarik dengan sentuhan hip hop Zynakal yang ada cara tersendiri. Tidak mustahil jika ia menjadi sebuah lagi lagu hit buat Lizzie!

Sunyi– Taswim Rozan

    

Sebuah lagi balada indah menjadi lagu pilihan saya dari Brunei Darussalam minggu ini. Lagu berjudul 'Sunyi' ini dicipta dan ditulis oleh penyanyinya sendiri yang bernama Taswim Rozan. Taswim mempunyai suara yang merdu dan memang sesuai dengan melodi lagu ciptaannya ini. Walau bagaimanapun lagu ini mungkin agak susah menonjol kerana banyak lagu di luar sana yang membawa gubahan serta susunan muzik yang agak mirip. Biarpun ia sebuah karya yang dihasilkan dengan baik, cabaran untuk merebut perhatian peminat muzik mungkin akan sedikit sukar kerana banyak lagu lain yang mempertaruhkan genre yang serupa.

Tenggelam – Ashidy Ridwan, Ryzall Noh dan KamarXKazie 

    

R&B dan hip hop bertemu dalam karya dari Singapura ini. Menggabungkan tiga suara unik dengan dua genre berbeza, 'Tenggelam' dendangan Ashidy Ridwan, Ryzall Noh dan KamarXKazie ini ada tarikannya tersendiri. Selain suara merdu Ashidy dan muziknya yang menghiburkan, sentuhan rap teman-temannya juga membantu menghidupkan lagi lagu ini. Karya ini juga berpeluang menjadi lebih dikenali jika ia mendapat liputan serta promosi yang lebih meluas. Apatah lagi Ashidy yang memang sinonim dengan lagu-lagu bergenre seperti ini berjaya menyulam korus yang agak mudah diingati untuk sebuah lagu hip hop R&B Melayu. - Getaran, 29 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Elizabeth Tan Mahu Timang Anak Tahun Ini

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ne-Yo Bawa Peminat Berparti, Mengimbau Kembali Lagu-Lagu R&B Dan Club Music Nyanyiannya Yang Klasik

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran