web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

Selepas tampil dengan single Bangkit awal tahun lalu, Fariz Hazurin dan Fhan teruskan kolaborasi menerusi Subang

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 4:37PM

gambar Universal Muzik Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebiasaannya golongan selebriti yang akan beralih ke dunia politik selepas mempunyai nama serta dikenali ramai, namun lain pula halnya dengan Ketua Pemuda Umno Subang, Datuk Seri Fariz Hazurin apabila dia memilih untuk terjun ke bidang muzik sebagai penyanyi rap.

Menggunakan nama komersial, Fariz Hazurin, tokoh itu mengambil langkah berkenaan dengan tujuan untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan muda.

“Sebagai ahli politik, saya perlu mendekati pelbagai lapisan masyarakat, daripada generasi tua sampailah ke paling muda. Banyak pendekatan diambil dan khusus untuk orang muda, saya memilih platform muzik hip hop,” ujarnya.

Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang, dedikasi kepada tempat beliau menyumbang jasa selama ini iaitu Subang, Selangor.

Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda.

“Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai,” tambah beliau.

Buat orang-orang Subang, bolehlah dengarkan lagu daripada ahli politik pilihan anda ini. – Getaran, 16 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

TARA 3 tahun yang lalu

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Idea Single ‘Tukar Currency’ Tercetus Apabila YHB Sleepsalot Teruja Dapat Keluar Melangkau Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa