web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Idea Single ‘Tukar Currency’ Tercetus Apabila YHB Sleepsalot Teruja Dapat Keluar Melangkau Singapura

Karya itu turut mendapat kerjasama daripada SonaOne dan anggota Forceparkbois, Nakalness.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 10:12AM

Rapper Singapura, YHB Sleepsalot - Gambar ihsan YHB Sleepsalot

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia dan sebaliknya.

Ia turut dirasakan rapper daripada Singapura, YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh untuk datang ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.

Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri.

Lantas terhasillah single baharu, ‘Tukar Currency’ gambaran betapa terujanya dia apabila dapat melangkau keluar dari Singapura.  

“Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu. Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL.  

“Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi. Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam ‘Tukar Currency’ yang diterjemah ke bahasa Melayu  daripada istilah Inggeris, Currency Exchange,” katanya membuka cerita .

Karya itu turut mendapat kerjasama daripada SonaOne dan anggota Forceparkbois iaitu Nakalness. 

‘Tukar Currency’ menggunakan rentak ‘breezy trap’ yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan menyelitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan, kuasa. 

Dia masih kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V’, terjemahan daripada “If I ever take an L (loss), I’ll bounce back and turn it back up.”

Dia turut menyebut nama bintang gusti Stone Cold Steve Austin dan penerbit hip hop, Metro Boomin, dua penghulu dalam lapangan artistik masing-masing sambil menujukan sepatah dua  kata buat golongan bertaraf diva  dan berkelas tinggi yang pernah ditemuinya, diiringi tawa kecil.

Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB sangat ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. 

Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.

YHB juga teringat semula betapa kota KL rasa dekat tapi masih asing di hatinya. 

“Ia memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis,” tambahnya.

‘Tukar Currency’ kini boleh dinikmati di semua platform penstriman.  Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Singapura 4 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa