Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan 

Tolong jangan ‘Swipe’ apabila membaca wawancara bersama produser, komposer dan rapper, Alyph yang menjadi penghias wajah TARA pada minggu ini. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 10:00AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti mana ketagihnya anda mendengar single baharunya itu yang telah pun tular di beberapa platform media sosial sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober, begitulah juga dengan perkongsian Alpyh di dalam artikel ini. 

Membuka bicara, Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 33, sama sekali tidak menjangkakan single baharunya yang masih berteraskan hip hop iaitu ‘Swipe’ hasil kolaborasinya bersama usahawan Datuk Seri Vida akan mencetuskan fenomena serta menjadi viral di Instagram dan Tik Tok serta trending di YouTube. 

“Sebetulnya, waktu lagu ini menjadi viral, kita masih tidak sempat untuk melakukan apa-apa promosi untuk lagu ini. 

“Muzik video pun tidak keluar lagi, tapi peminat dan pendengar muzik telah menggunakan audio dan melakukan interpretasi mereka sendiri terhadap lagu itu. 

“Waktu itu saya sedar bahawa saya tidak boleh mengawal kuasa viral lagu itu. Pendengar dan peminat muzik menggunakannya mengikut apa yang mereka rasa.

“Saya terima ia sebagai rezeki, tetapi fokus saya bukanlah untuk menjadikan lagu itu viral, sebaliknya saya mahu ia sampai kepada semua orang,” katanya dengan nada merendah diri. 

Namun, jauh di sudut hatinya, anak seni kelahiran Singapura ini gembira dengan kejayaan luar biasa lagu itu. Bahkan, dia mengakui tersenyum apabila melihat respon setiap orang terhadap ‘Swipe’. 

“Saya sangat bersyukur dan gembira. Kadangkala rezeki datang dengan pelbagai cara dan mungkin ini adalah salah satu caranya. 

“Walaupun begitu, ia tetap tidak akan mengubah fokus saya untuk terus menghasilkan muzik dan mencipta muzik yang baik. 

“Setiap lagu yang saya hasilkan, saya akan cuba letakkan elemen yang boleh memecahkan sempadan serta mencabar pemikiran pendengar. 

“Selepas melancarkan ‘Swipe’ saya terus kembali semula ke studio untuk bekerja seperti biasa dan saya punya perancangan untuk hasilkan beberapa single lagi,” katanya yang mengakui 'Swipe' adalah satu-satunya single solonya yang berjaya mencapai status viral. 

Apa yang menarik, penampilan Datuk Seri Vida langsung tidak mencacatkan lagu dan hanya muncul di awal dan pertengahan dengan skrip kata-kata sahaja. 

“Ia satu percubaan yang saya lakukan. Saya sering melihat ia dilakukan di luar negara dan tertanya bagaimana pula penerimaan masyarakat pendengar kita jika saya melakukannya,” jelas Alyph. 

Fokus Kerjaya Solo 

Dengan kejayaan ‘Swipe’, bapa kepada dua anak ini tidak punya alasan lagi untuk terus fokus dengan kerjaya solo nyanyiannya dalam arena muzik hip hop. 

“Saya memulakan kerjaya solo saya pada tahun 2018. Kemudian saya sibuk menerbitkan lagu untuk penyanyi. Satu demi satu. Kemudian, saya muncul sebagai penyanyi undangan. Ramai yang mahu berkolaborasi dengan saya. 

“Akhirnya pada hujung tahun 2019, saya menjadi lesu. Saya tertanya sendiri, mengapa sampai jadi begitu. 

“Mungkin saya perlukan masa untuk diri saya sendiri dan ketika itu saya sedar bahawa impian saya untuk membina kerjaya solo belum disambung lagi,” tuturnya. 

Alyph kemudian mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti untuk menerbit lagu dan menjadi penyanyi undangan untuk penyanyi lain. 

“Saya mula fokus dengan kerjaya saya. Saya hasilkan single seterusnya pada tahun 2020 dan kemudian saya keluarkan tiga projek lagu di Singapura, ' Adakah Kau Mendengar', 'Sekali Lagi' dan 'Show Me Colours'. 

“Di Singapura adalah masa saya untuk mencari diri saya, mencari bunyian saya, mencari muzik saya, hasilnya adalah 'Swipe' dan lagu-lagu yang datang seterusnya,” jelasnya. 

Disebabkan dia mula memberikan fokus dan tumpuan terhadap kerjaya solonya Alyph akui dia banyak berhutang lagu dengan rakan-rakan artis. 

“Tapi, saya bersyukur sebab mereka tidak marah dengan saya, bahkan, mereka semua faham apa yang saya harus buat untuk diri saya. 

“Mereka tahu betapa ‘passionate’ diri saya bila saya dalam di dalam studio. Mereka tahu bila saya kena fokus dengan diri saya, saya tidak boleh fokus dengan orang lain. 

“Mereka juga tahu, bila saya buat lagu atau menerbitkan lagu untuk mereka, saya akan betul-betul buat dan bagi sepenuh hati. Saya takkan buat asal boleh,” ucapnya. 

Sambung Alyph lagi, dia hampir menghabiskan kerja-kerja untuk lagunya. 

“Bila sudah habis dan sementara ia dilancarkan satu demi satu, saya boleh kembali siapkan lagu-lagu mereka yang saya hutang,” katanya sambil tertawa. 

Dia bagaimanapun keberatan menyatakan nama-nama rakan artis tersebut. 

“Lebih baik saya tidak menyebutnya. Sekurang-kurangnya, mereka tahu bahawa mereka sentiasa ada di dalam fikiran dan ingatan saya,” katanya mengukir senyuman. 

Alyph turut menjadikan Michael Jackson, Too Phat, Kanye West, Backstreet Boys dan produser muzik, Scott Storch sebagai rujukannya. 

“Mereka ini adalah golongan artis yang banyak membantu membina kerjaya muzik saya,” katanya lagi.

Sleeq Kini Tinggal Sejarah 

Dengan kenyataannya untuk terus fokus dengan kerjaya solo, mereka yang pernah membesar dengan Sleeq, pasti tertanya apakah nasib kumpulan duo yang pernah dianggotai Alyph bersama sepupunya, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah atau Syarif. 

“Ya memang ada yang bertanya pasal Sleeq. Bagi generasi yang berusia bawah 15 tahun, mungkin mereka tidak kenal siapa Sleeq. Tapi, tidak bagi generasi 20-an dan ke atas. 

“Waktu hendak muncul dengan kerjaya solo, saya akui saya berasa takut. Sebab sepanjang kehidupan remaja saya dibina bersama Sleeq. Kami sentiasa berdua. 

“Saya pula bukanlah orang yang selalu tampil ke hadapan untuk bercakap. Saya lebih banyak menghabiskan masa di studio membuat muzik. 

“Tapi, saya kemudian sedar bahawa saya takut kerana saya tidak pernah buat atau mencubanya dan kemudian selepas melakukannya saya menyedari pula bahawa saya suka menjadi artis solo dan saya cukup teruja dengan kerjaya solo saya ini. 

“Kalau boleh saya tidak ingin dikaitkan dengan sesiapa lagi. Masa telah menyedarkan saya bahawa saya ingin membuat perkataan saya sendiri, mempunyai kerjaya sendiri dan membuat muzik,” katanya yang mengakui riwayat Sleeq sudah tamat. 

Punca Perpecahan Sleeq 

Memintanya menjelaskan lanjut tentang perpecahan Sleeq, Alyph berkata, memang tidak ramai tahu bagaimana ia tercetus.

“Waktu kami bermula, usia kami baru 15 dan 16 tahun dan kami telah merancang selepas 10 tahun membina nama Sleeq, kita akan duduk dan berbincang untuk teruskan atau tidak. 

“Kami kemudian mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Sebab, sebelum itu, kami tak pernah berpisah. 

“Saya tahu semua gadis-gadis yang pernah keluar dating dengannya, dia juga tahu semua gadis-gadis yang pernah keluar dating dengan saya dahulu. 

“Bila kita tiada duit, kita akan duduk rumah member. Tidur satu bilik. Travel sama-sama. Dia bukan setakat sepupu saya tapi rakan baik saya. 

“Kami sendiri tidak tahu bahgaimana hendak lakukan apa yang kami ingin lakukan sendiri. Jadi, sebelum tempoh usia 20-an kami berakhir, kami ambil keputusan untuk menerokai kehidupan kami sendiri. 

“Selepas melakukannya, saya rasa saya gembira dengan kedudukan saya hari ini. Begitu juga dengan dia,” bicaranya lagi.  

Jelas Alyph lagi, inilah kali pertama dia menjelaskan perkara sebenar tentang kisah di sebalik perpecahan Sleeq. 

“Sebelum ini saya tidak pernah cerita,” katanya tersenyum lagi. 

Impian Yang Ingin Dicapai 

Banyak perkara yang sudah dicapai Alyph sejak bergerak solo sama ada sebagai produser, komposer mahupun sebagai rapper. Apa lagi yang ingin dikecapi rapper hip hop ini? 

Dia mengakui mahu memenangi anugerah tetapi itu bukanlah fokus utamanya. 

“Apa yang saya mahukan adalah terus memberikan sesuatu kepada industri dan kemudian menggerakkannya menjadi lebih  progresif. 

“Waktu saya mula-mula lancarkan lagu single solo saya, ada sesuatu perkara yang dipraktikkan di dalam industri ini. Kalau ia musim balada, ia akan jadi musim balada. Musim rock pula, musim rock. Dan, kalau hip hop, musim hip hop. 

“Saya perlu mengubahnya untuk memastikan semua orang boleh cari makan. Daripada produser sehinggalah artis,” katanya lagi. 

Walaupun pernah mengimpikan untuk menembusi pasaran muzik antarabangsa, namun dia tidak kisah muziknya sampai ke mana. 

“Dulu saya buat lagu Inggeris. Sekarang ini saya banyak buat lagu Melayu yang pasarannya adalah untuk pendengar lagu bahasa ini di negara serantau. 

“Saya tidak kisah kerana muzik saya mereka dikenali tidak mempunyai sempadan. Asalkan pendengar dan peminat muzik dapat meraikannya seperti mana saya ingin raikannya,” jelasnya. 

 

Keluar Kunci Utama Mencipta Lagu 

Alyph juga percaya bahawa seorang pencipta lagu harus luangkan masa di luar. 

“Saya buat benda yang jauh beza dengan kerjaya muzik. Misalnya jadi pemandu kepada keluarga saya. Membeli barang-barang keperluan rumah. 

“Macam dulu, saya pernah tolong bisnes kedai kopi keluarga saya. Saya tolong tutup kedai, ambil order atau buat sandwich bila tak cukup orang. 

‘Perkara ini jauh berbeza dengan persembahan di atas pentas dan melancarkan single. Kadangkala saya terfikir, saya adalah pemuzik tetapi saya membuat perkara-perkara ini.

“Tapi, saya tidak kisah kerana selain merapatkan lagi hubungan saya dengan keluarga ia juga menjadikan saya seorang yang merendah diri serta meraih pengalaman baharu,” katanya. 

Dengan pengalaman baharu itu, saya dapat berdepan dengan ramai orang. Real people with real emotions 

“Bila saya masuk studio, minda saya sangat segar. Saya dapat banyak idea baharu dan banyak sudut yang boleh saya tulis. 

“Lagu cinta misalnya, ada seratus ribu lagu yang boleh kita tulis. Jadi keluarlah…,” katanya penuh bersemangat. - Getaran, 19 November 2022


DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Alyph  

Pemangku Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali 

Teks & Penyelaras : Ellyna Ali 

Suntingan Teks : Suzan Ahmad 

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut