Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

Menurut Reeve Damien, keinginan untuk menghasilkan satu karya bersama jejaka kacukan Melayu-Perancis itu wujud sejak single sulungnya berjudul ‘Mine’ dilancarkan pada hujung tahun 2021.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 7:57PM

Reeve Damien (kiri) bersama bapanya, AC Mizal. - Gambar Suke TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menggalas tugas sebagai pengarah muzik di Suke TV bukanlah satu tugas yang mudah buat Reeve Damien yang juga anak kepada artis versatil, Datuk AC Mizal yang juga pengasas stesen televisyen tersebut. 

Menurut Reeve Damien, sebagai pengarah muzik, dia bertanggungjawab mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV .

“Sebenarnya, saya menggalas tugas sebagai pengarah muzik di Suke TV, selepas saya berjaya menghasilkan beberapa muzik latar bagi rancangan-rancangan menarik dalam stesen tersebut.

“Malah saya turut menghadiri kelas orkestra selama lebih enam bulan bagi memahirkan diri dan menguasai  semua instrumen orkestra untuk menerbitkan muzik latar belakang dan lagu-lagu tema bagi rancangan di Suke TV,” tambahnya.

Gambar Suke TV
Gambar Suke TV

Dalam pada itu, Reeve Damien berkongsi impiannya untuk menjalinkan kolaborasi bersama penyanyi dan komposer, SonaOne.

Menurut Damien, keinginan untuk menghasilkan satu karya bersama jejaka kacukan Melayu-Perancis itu wujud sejak single sulungnya, ‘Mine’ dilancarkan pada hujung tahun 2021.

“Sejujurnya, saya teringin untuk menghasilkan satu album bersama penyanyi dan komposer lagu SonaOne, jika diberi peluang. Itu adalah salah satu kolaborasi impian saya.

“Malah, saya sentiasa terbuka untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin berkolaborasi bersama saya yang masih ‘hijau’ dalam industri muzik ini,” katanya kepada Getaran.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Reeve Damien, 20, ini turut mengakui single pertamanya itu turut mempertaruhkan bakatnya sebagai penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik.

Namun, kata Damein, antara cabaran utamanya ketika muncul dengan idea untuk mengeluarkan single pertamanya adalah untuk memikat hati ayahnya terhadap bakat dan kebolehan yang dimiliknya, 

“ Ayah adalah seorang anak seni yang mengabdikan dirinya dalam dunia seni hampir tiga dekad.Sejujurnya, memang susah bagi saya untuk impress ayah saya untuk meluluskan karya atau mana-mana percubaan saya dalam dunia seni ini.

“Ayah saya seorang yang sangat memilih dalam hal nyanyian mahupun mana-mana produk terbitan berkenaan seni hiburan ini. Saya perlu berusaha lebih untuk membuktikan diri saya kepadanya.

“Contohnya seperti ketika kami lancarkan single pertama saya, saya kena belajar semuanya, hadir ke kelas vokal, belajar instrumen seperti piano, guitar dan drum selama beberapa tahun. 

“Selepas idea saya untuk single ‘Mine’ menarik perhatian dia, baru dia lulus untuk melancarkannya, malah berduet dengan saya,” ujarnya. - Getaran, 29 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran