web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

AC Mizal yang juga adalah Ketua Pegawai Kandungan Suke TV mendedahkan, bahawa membina kepercayaan orang dari dunia korporat untuk melabur dalam Suke TV menjadi cabaran utama buat dirinya yang memiliki siaran televisyen jenama sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 4:00PM

AC Mizal - Gambar oleh Suke TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir setahun memiliki siaran televisyen jenama sendiri, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal mengakui dirinya masih belum bersedia untuk  menjemput beberapa rakan baiknya dalam industri sebagai tetamu program.

Menurut AC Mizal, meskipun beberapa individu ternama seperti Datuk Awie dan Datuk Afdlin Shauki itu adalah rakan baiknya, namun dia  harus bersikap profesional dalam soal bayaran. 

“Bagi saya, Suke TV ini masih ‘hijau’ dalam industri ini, mereka merupakan nama-nama yang besar, jadi walaupun mereka kawan saya tetapi bayaran tetap perlu profesional, saya masih belum mampu lagi.

“Saya perlu hormat harga mereka, saya tidak ingin mereka bersama saya tapi pada waktu yang sama berasa tertekan. Lagipun mana boleh kawan buat program secara percuma? Saya mahu mereka menghargainya.

“Bukan hanya itu, buat masa sekarang ini, masih belum ada konten yang sesuai buat Datuk Awie dan Datuk Afdlin Shauki jika saya ingin menjemput mereka untuk bersama dengan saya,” katanya kepada Getaran. 

AC berkata demikian pada sidang media ulang tahun pertama Suke TV yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini berkongsi, dia memasang hajat untuk membuat konsert bersama dengan kedua-dua rakannya itu untuk ditayangkan di Suke TV. 

“Namun persediaannya masih di peringkat permulaan,” jelasnya.

Sementara itu, AC Mizal yang juga adalah Ketua Pegawai Kandungan Suke TV mendedahkan, bahawa membina kepercayaan orang dari dunia korporat untuk melabur dalam Suke TV menjadi cabaran utama buat dirinya yang memiliki  siaran televisyen jenama sendiri.

Suke TV kini berusia setahun. - Gambar Suke TV
Suke TV kini berusia setahun. - Gambar Suke TV

“Dari segi idea konten, saya  rasa semua orang mampu memikirkannya, namun untuk merealisasikannya, kita perlukan sokongan syarikat korporat yang mampu mempercayai kita.

“Namun, syarikat yang sedia melabur itu juga  ingin melihat performance dan growth Suke TV. Alhamdulillah, kami sudah mampu buktikan dan meraih kepercayaan mereka.  Suke TV juga kini sudah hampir setahun pada April ini,” ujarnya yang juga adalah Pengasas dan Pengerusi Suke TV. 

Suke TV merupakan rangkain penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaharu di Malaysia. 

Menggunakan  motto ‘Bringing Happy Back’, Suke TV bertujuan menghibur dalam masa yang sama memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai genre program yang berbeza. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Semakin Rancak Beroperasi

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

SUKE TV Yang Diasaskan Datuk AC Mizal Mula Bersiaran Minggu Ini 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN