Berita Terkini

31 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 1 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 3 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

Antara program-program terbaharu adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan banyak lagi.

Filem & TV Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 12:00PM

AC Mizal (tengah) mengambil inisiatif untuk tampil dengan pelbagai program variasi baharu bagi tahun 2023 ini termasuk  kandungan untuk Ramadan dan Raya. - Gambar SUKE TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menyambut ulang tahun pertama serta memantapkan lagi kandungan yang dihidangkan kepada penonton, jenama SUKE TV milik Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal telah mengambil inisiatif untuk tampil dengan pelbagai program variasi baharu bagi tahun 2023 ini termasuk  kandungan untuk Ramadan dan Raya. 

Berteraskan moto ‘Bringing Happy Back’ yang  bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza, senarai program baru untuk tahun 2023 telah pun diumumkan semalam. 

Antara program-program terbaharu adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan banyak lagi.

AC Mizal berucap pada sidang media pelancaran program-program baharu SUKE TV di Wisma IAV di sini semalam. - Gambar SUKE TV
AC Mizal berucap pada sidang media pelancaran program-program baharu SUKE TV di Wisma IAV di sini semalam. - Gambar SUKE TV

Menurut Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Datuk AC Mizal, pihaknya, sangat bersyukur kerana berpeluang untuk memperkenalkan rangkaian program baharu di saluran televisyen miliknya itu. 

“Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

“Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap SUKE TV yang bakal memeriahkan ulang tahun yang pertama pada April nanti,” katanya.

AC Mizal berkata demikian ketika sidang media pelancaran program-program baharu SUKE TV di Wisma IAV di sini semalam.

Bagi bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari, SUKE TV turut sajikan pelbagai program Islamiah seperti, Suke Tanya Ustaz, Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2 dan juga Takbir Malam Raya khas bagi penonton beragama Islam.

Program Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan Ramadan ini, manakala Suke Tanya Ustaz adalah program yang  mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, SUKE TV turut memaparkan program Suke Celeb Raya yang bakal menampilkan ramai wajah-wajah selebriti tanah air kita.

Suke Celeb Raya adalah  program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com.

Tidak tertinggal bagi rancangan kanak-kanak, SUKE TV juga telah bekerjasama dengan juru animasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka bagi khususnya bagi peminta animasi.

Bagi mempromosikan artis-artis yang baharu serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori SUKE TV turut memperkenalkan dua program baharu iaitu Suke Tune dan VC.

Rancangan Suke Tune, merupakan program muzikal mingguan yang menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi di program kemuncak Anugerah Suke Tune. 

Dikendalikan  Chacha Maembong dan Syrul Ezwan sebagai hos utama, rancangan Suke Tune  ini ditayangkan setiap Isnin jam 9 hingga 10 malam dan menampilkan persembahan secara langsung. 

VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi lagu dan artis kegemaran mereka. 

Bagi, mengasah bakat-bakat muda pula, SUKE TV memperkenalkan Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

Ia juga merupakan  program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan pertandingan d imana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara siaran langsung.

Bagi memikat perhatian remaja-remaja wanita di luar sana, SUKE TV turut memaparkan  rancangan I PC U ( I Penasihat Cinta U).

I PC U (I Penasihat Cinta U) adalah  rancangan bual-bicara yang dihoskan dua pengacara wanita yang bersama  selebriti dan artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri-ciri wanita pilihan hati mereka.

Tanya Jer Musim ke-2 pula adalah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. 

Manakala, Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.

Selain itu, SUKE TV turut berkongsi perkembangan selebriti-selebriti baharu tanah air di rancagan ‘Pin Pin Siapa Tu?’.

Rancangan ini akan  membawa anda ke rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. 

Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia.

Untuk menonton saluran 116 Suke TV, penonton boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana di Apple Store dan juga Google Play Store. – Getaran, 17 Mac 2023.





 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 8 bulan yang lalu

SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Semakin Rancak Beroperasi

2

Filem & TV 11 bulan yang lalu

SUKE TV Yang Diasaskan Datuk AC Mizal Mula Bersiaran Minggu Ini 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

AC Mizal Bangga Damien Warisi Darah Seninya

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil Atas Alasan Tiada Persefahaman Dan Berlaku Shiqaq

Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi...

Selebriti 1 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

oleh Wafa Aula

Selebriti 21 jam yang lalu

Pasal Diana Danielle Minta Cerai, Netizen Anggap Ia Kifarah Buat Farid Kamil Kerana Sindir Syamsul Yusof 

oleh Wartawan Hiburan Getaran