web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elizabeth Tan Mahu Timang Anak Tahun Ini

Pelakon jelita itu mengakui sangat emosi jika disoal berkenaan zuriat kepadanya, hingga menitiskan air mata di hadapan wakil media.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 1:04PM

Elizabeth Tan - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiga tahun menempuh alam perkahwinan bersama suami tersayang Dr Siew Jim, pelakon dan penyanyi jelita, Elizabeth Tan mengakui sangat-sangat ingin menimang zuriat tahun ini.

Bagaimanapun, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memberitahu, dia bimbang kehadiran bakal  cahaya mata itu nanti akan menjejaskan karier seni yang menjadi tulang belakang keluarga yang banyak bergantung harap dirinya.

“Kalau ikutkan, saya memang mahukan anak tahun ini. Jujurnya, saya teringin sangat bergelar ibu. Tambahan pula, usia bakal menginjak 30 tahun Saya bukan lagi muda.

“Tetapi apabila memikirkan kehadiran zuriat mungkin memberi kesan kepada kerjaya seni, saya jadi berbelah bahagi.

“Jika mengandung, saya terpaksa bercuti setahun. Selepas itu, watak yang diberi pasti berbeza daripada sekarang. Jadi, saya risau setiap kali memikirkannya,”  katanya kepada Getaran.

Lizzy dalam linangan air mata berkata demikian ketika ditemui di sidang media siri Viu Original, ‘W: Two Worlds’ di ibu kota baru-baru ini.

Malah pelakon jelita itu mengakui sangat emosi jika disoal berkenaan zuriat kepadanya, hingga menitiskan air mata di hadapan wakil media.

Dalam pada itu, Lizzy turut berkongsi kedudukan ekonomi juga menjadi salah satu faktor membuatkan dirinya tertekan dan berbelah bahagi memikirkanya.

“Sejujurnya suami saya adalah ‘houseman’ dan hanyalah doktor pelatih. Jujur juga saya akui, gajinya tidaklah sebesar mana.

“Jadi kebanyakan perbelanjaan seperti ansuran rumah, kereta dan keperluan ibu bapa, saya yang tanggung. Semuanya pada saya.

“Jadi kalau boleh, saya tidak mahu kecewakan sesiapa tapi saya mahukan anak. Tetapi memikirkan perkara itu, ia  memberi tekanan buat diri saya yang benar-benar mahu memiliki zuriat,” ujarnya.

Tambah Lizzy lagi, dia ingin mengembangkan kerjaya terlebih dahulu sebelum memiliki anak kerana sedar ia akan mengubah gaya hidupnya selepas bergelar ibu.

Kata penyanyi lagu ‘Hidup Semula’ itu lagi melihat kerjaya ramai artis wanita yang menjunam selepas memiliki cahaya mata, menambahkan lagi kebimbangannya. 

“Saya lihat penyanyi lain, ramai penyanyi wanita yang meniti kemuncak populariti, tiba-tiba menjunam selepas berkahwin dan memiliki anak.

“Sementara penyanyi baharu pula silih berganti. Bila-bila masa kami boleh dilupakan. Jadi perkara itu sangat merisaukan saya,” jelasnya.

Ditanya apakah keluarganya mendesak, Lizzy bersyukur ibu bapa memahami situasi dilalui dan tidak pernah memaksa dirinya dan suami segera menimang cahaya mata.

Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim, 32, pada 21 Mac 2021 pada majlis kecil-kecilan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19. – Getaran, 29 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa