web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Legion Wakili Suara Harapan Rakyat Tentang Ahli Politik Gila Kuasa Dalam Single Haprak 

Lagu Haprak ini juga turut dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris, tapi sempena Merdeka dan Hari Malaysia, versi bahasa Melayu telah diriliskan terlebih dahulu. 

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 4:00PM

Legion dianggotai Cliff Umar selaku vokalis, Reffa (rapper), Puvan dan Ananth (gitaris). Gambar ihsan Legion

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak seperti single pertama mereka, Garis yang diluncurkan pada Julai yang lalu, kumpulan Legion yang berpaksikan genre muzik metal core rap telah mengeluarkan karya baharu yang lebih daring dan berani. 

Bahkan daripada tajuknya sahaja iaitu Haprak, kita seolah-olah sudah dapat menjangka apa yang bakal mereka sampaikan di dalam karya single kedua mereka ini. 

Tapi, siapakah ‘haprak’ yang cuba disampaikan barisan anggota Legion iaitu Cliff Umar yang bertindak sebagai vokalis, Reffa (rapper), Puvan dan Ananth (gitaris) ini? 

Gambar ihsan Legion
Gambar ihsan Legion

Boleh jadi juga lagu ini ditujukan buat ahli-ahli politik kerana ia seperti mewakili   suara harapan rakyat yang inginkan ahli politik supaya lebih telus menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan negara. 

“Pembohongan politik harus dihapuskan supaya rakyat lebih yakin untuk menyuarakan kebimbangan dan mengembalikan kestabilan di dalam negara supaya harmoni dapat dikembalikan. 

“Namun, apa yang penting, lagu ‘Haprak’ ini juga sebenarnya untuk golongan yang selalu mencetuskan isu perkauman dan menghasut ketidakharmonian masyarakat melalui media sosial,” kata Ananth. 

Jelas Ananth lagi, pembikinan single kedua mereka ini dirakamkan pada tahun lepas di studio milik seorang rakan pemuzik. 

Legion mempertaruhkan single berjudul Haprak. - Gambar ihsan Legion
Legion mempertaruhkan single berjudul Haprak. - Gambar ihsan Legion

“Memang kita buat lagu ini sebagai suatu cara untuk menyatupadukan masyarakat supaya tidak mudah terima apa sahaja yang diperkatakan ahli politik terutama yang sering  menyalahgunakan kuasa. 

“Malah, kita juga mahu semarakkan semangat rakyat supaya tidak mudah terpengaruh kepada barua-barua yang menjatuhkan negara dan bangsa Malaysia. 

“Sebetulnya, lagu ini juga dirakamkan dalam versi bahasa Inggeris. Tapi, disebabkan semangat Merdeka dan Hari Malaysia dan kita adalah bangsa Malaysia, kita riliskan dulu lagu ini dalam bahasa Melayu,” katanya lagi. 

Haprak juga sudah boleh dinikmati menerusi saluran YouTube mereka, Legion. - Getaran, 25 Ogos 2022
 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN