web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Admin Ukays Mohon Maaf Atas Kesilapan Maklumat Konsert Di Kota Bahru

Bukan konsert Ukays tetapi program Festival Islam Peringkat Negeri Kelantan. MAIK turut tampil memberi penjelasan. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 8:38PM

Kumpulan Ukays. gambar Facebook Ukays

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara tersalah memberi maklumat tentang konsert Ukays di Kota Bahru pada Oktober hadapan, admin halaman Facebook Ukays tampil membuat permohonan maaf untuk menjernihkan segala kekeliruan.

“Assalamualaikum w.b.t,

Saya selaku admin page dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan posting dan promo yang telah di siarkan dalam page rasmi kami.

Untuk makluman, pihak kami diundang untuk membuat persembahan di Dewan Besar Balai Islam oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan bukan daripada Majlis Agama Islam Kelantan.

Saya akui kekhilafan dan kekeliruan yang berlaku adalah daripada pihak saya sendiri kerana beranggapan dua pihak ini adalah jabatan yang sama.

Selepas berlaku kekecohan, saya telah ditegur untuk menyunting semula posting tersebut dengan menyebut penganjur yang tepat iaitu JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KELANTAN, dan program ini bukan konsert Ukays semata-mata. 

Ianya adalah program Festival Islam Peringkat Negeri Kelantan yang mana telah berlangsung beberapa tahun lepas lagi dengan jayanya dan ianya lebih berbentuk ilmiah dengan himpunan acara-acara lain yang berbentuk pendidikan , forum hal ehwal islam, bicara agama bersama selebriti , forum kewangan islam, forum keluarga mawaddah, tadabbur al quran dan hiburan kami hanya pada malam kesenian islam, iaitu sebahagian sahaja dalam program tersebut. 

Penafian oleh MAIK.
Penafian oleh MAIK.

Lagu-lagu semuanya adalah berbentuk lagu Ukays yang berkonsepkan ketuhanan dan nasihat-nasihat kehidupan.

Sekali lagi saya memohon maaf atas kesilapan posting yang berlaku pada hari ini.”

Terdahulu, halaman Facebook Ukays itu  mengumumkan akan mengadakan sebuah konsert anjuran Majlis Agama Islam Kelantan

Pengumuman itu telah mengundang banyak reaksi, dan timbul persoalan bagaimana negeri yang sangat tertutup dengan penganjuran acara-acara hiburan, tiba-tiba akan mengadakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga tampil membuat penafian. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook mereka pada 3 Oktober 2023, MAIK menegaskan bahawa posting atau hebahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

MAIK juga meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan posting atau hebahan di dalam laman Facebook tersebut, dan meminta orang ramai agar menghubungi pihak mereka di talian 09-7481512 atau emelkan kepada [email protected] jika terdapat sebarang kemusykilan. 

Diharapkan penjelasan demi penjelasan ini tidak lagi menimbulkan sebarang kekeliruan. Kepada peminat Ukays yang merindui persembahan mereka, bolehlah sama-sama mengimarahkan acara ilmu ini. Ukays akan membuatkan persembahan selama satu jam pada 21 Oktober, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. - Getaran, 4 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

2022 Tahun Artis Legenda Bikin Konsert Skala Besar

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Selepas Ukays, Achik Roslan Kini Tampil Single Terbaharu 

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Khai Bahar Penerima Anugerah Top Pilihan Peminat Joox, Raih 15.6 Juta Undian 

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN