web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Ukays, Achik Roslan Kini Tampil Single Terbaharu 

'Hanya Doa' merupakan lagu yang menceritakan suara hati seorang bapa dalam membesarkan anak-anaknya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:10AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah menjadi vokalis kumpulan Ukays dan menyanyikan lagu 'I Love U I Miss U', kini Achik Roslan tampil dengan single terbaharu berjudul 'Hanya Doa'.

Single ‘Hanya Doa’ ini terhasil apabila penulis lirik, I.Kay berseloroh kepada Awang BPR supaya diberi kesempatan untuk berkarya. Dia sememangnya cukup meminati dan dibesarkan dengan lagu-lagu ciptaan Awang BPR.

Achik
Achik

Selang beberapa hari, Awang BPR menghubungi penulis lirik dan bertanya adakah sudah bersedia untuk mencipta lirik? Ibarat buah jatuh ke riba hati penulis lirik sungguh gembira dan bermulalah epilog gandingan di antara Awang BPR dan juga I.Kay. 

Sehingga kini sudah 4 buah lagu pelbagai irama yang terhasil di antara Awang BPR dan I.Kay.

Achik Roslan dipilih untuk menyanyikan lagu ini kerana suaranya dianggap cocok dengan lagu 'Hanya Doa'.

“Suara beliau sememangnya bersesuaian untuk lagu ini. Beliau akan menjadi ikon baru buat masyarakat di Malaysia,” kata Awang BPR yang juga merupakan komposer lagu ini.

‘Hanya Doa’ mengisahkan kehidupan realiti jerih-perih seorang bapa menghadapi pelbagai dugaan untuk membesarkan anak-anaknya dan memastikan mereka semua menjadi manusia yang berjaya.

Demi mencari wang ringgit untuk memastikan anak-anaknya mencapai cita-cita masing-masing, si bapa bekerja keras tanpa mengira penat. 

Awang BPR
Awang BPR

“Namun takdir Ilahi, apabila semua anak-anaknya berjaya menempai kejayaan mereka alpa dengan harta dunia dan fokus dengan kehidupan serta kerjaya masing-masing. Sehingga apabila Si bapa meningkat usia dan semakin uzur, mereka menempatkan Si bapa di rumah orang tua.

“Alangkah robeknya hati bapa dibiarkan sendirian dan kesepian menunggu masa untuk kembali kepada Illahi. Setiap saat dan ketika si bapa terus berdoa semoga beliau dapat bertemu dengan anak-anaknya sebelum menghembuskan hafas terakhir,‘’ tambah Awang lagi. 

Sebagai pengedar, pihak Luncai Emas yakin karya ini mampu memikat hati peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu dari Achik Roslan. 

Anda boleh mendengar lagu ini di platform YouTube Luncai Emas dan iTunes. 

Gambar: Luncai Emas

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Admin Ukays Mohon Maaf Atas Kesilapan Maklumat Konsert Di Kota Bahru

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN