web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khai Bahar Penerima Anugerah Top Pilihan Peminat Joox, Raih 15.6 Juta Undian 

Sebanyak 126 juta undian dilakukan peminat untuk memilih artis paling berbakat dan popular serta lagu-lagu hit dalam JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan 2021).

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 7:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular Haqiem Rusli bersama Naim Daniel, Khai Bahar, Dato Siti Nurhaliza dan Ukays telah dinobatkan sebagai Top 5 Artis Lokal dalam Joox Top Music Awards Malaysia (Pertengahan 2021) anjuran Joox sendiri. 

Pemilihan kelima-lima artis itu dibuat menerusi 126 juta undian yang dilakukan oleh peminat muzik seluruh tanah air. Jumlah undian ini amat memberangsangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 10 kali ganda berbanding tahun lalu. 

Namun apa yang menarik, Khai Bahar menang besar apabila menjadi artis pertama menjulang Anugerah Top Pilihan Peminat yang julung kali diperkenalkan. Khai Bahar telah menerima 15.6 juta undian untuk melayakkan dirinya membawa pulang anugerah tersebut. 

Kata Khai Bahar, dia berterima kasih dan pada masa sama mengucapkan tahniah buat peminat di atas usaha mereka untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

“Saya harap anda akan terus strim lagu-lagu saya di Joox,” katanya. 

Sementara itu, Naim Daniel berkata, ini adalah kali kedua dia merangkul anugerah Top 5 Artis Lokal Joox.

“Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi. Saya harap anda akan selalu jaga diri,” katanya.

Bagi Anugerah Top 5 Hit: Lokal pula, peminat telah memilih lagu 'Adakah Ini Mimpi' oleh Reedzwann, 'Rindu Separuh Nyawa' (Naqiu dan Vanessa Reynauld), 'Sekali Lagi' (Siti Nordiana dan Nubhan), 'Karma' (Kaka Azraff dan Jaz) serta lagu JOOX ORIGINALS, 'Sama Sama Suka' (One Avenue Band) sebagai pemenang.

Sebagai tanda terima kasih melakukan undian sebanyak 126 juta, barisan artis yang memenangi anugerah akan berada di Joox Rooms pada Jumaat dan Sabtu ini untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat mereka. 

Di pentas antarabangsa, Top 5 Hit: Antarabangsa adalah 'Leave The Door Open' oleh Bruno Mars, Anderson. Paak dan Silk Sonic, 'Build A B*tch' (Bella Poarch), 'Reckless' (Madison Beer), 'Driver’s License' (Olivia Rodrigo) dan 'Hold On' (Justin Bieber). 

Bagi Top 5 Hit Antarabangsa pula, Justin Bieber berkongsi kemenangan dengan Alan Walker, Bruno Mars, Jay Chou serta Ariana Grande. Ini adalah kemenangan empat tahun berturut-turut  Justin Bieber dan Ariana Grande. 

Kekuatan K-Pop yang menjadi fenomena seantero dunia tidak dapat disangkal lagi, termasuklah di Malaysia. Bagi Top 5 Hit: K-Pop, pengguna Joox Malaysia memilih 'Butter' oleh BTS, 'On 'The Ground' dan 'Gone' (Rosé), 'Fireworks - I am The One' (ATEEZ) dan 'HWAA' (G) I-DLE. Ini merupakan kali keempat BTS memenangi kategori ini. - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN